Pertikaian Whoscall

Disyaki mendedahkan maklumat peribadi pengguna

  • Sebab peristiwa: Pengguna mendapati skrin panggilan Whoscall akan memaparkan maklumat peribadi pemanggil seperti nama, alamat, nombor kad ID dan jawatan yang dipegang. Whoscall disyaki menggodam peranti mudah alih dan mendapatan maklumat peribadi pengguna.
  • Proses Peristiwa: Ramai pengguna menguji dan mendapati aplikasi Whoscall mendapat maklumat tersebut melalui enjin carian dan maklumat peribadi tersebut sebenarnya terdedah di mana-mana internet.
  • Akibat Peristiwa: Pasukan pembangunan Whoscall menjelaskan bahawa aplikasi Whoscall hanya terdapat fungsi pencarian melalui internet dan tidak akan menggodam peranti mudah alih. Maklumat peribadi akan dipaparkan jika pengguna pernah meninggalkan nombor telefon di mana-mana sumber internet.

Kemaskini Percuma Whoscall Android

  • Sebab peristiwa: Kemaskini Whoscall pada 7hb Januari 2014 menukarkan aplikasi tersebut daripada aplikasi yang terbayar kepada yang percuma. Ini telah menyebabkan pengguna yang terbayar tidak memuas hati.
  • Proses Peristiwa: Ramai pengguna terbayar mengadu, kemudiannya Whoscall menjelaskan keraguan pengguna dan membuat bayaran balik kepada pengguna terbayar.
  • Akibat Peristiwa: Semua pengguna terbayar atas Google Play mendapat bayaran balik dan menerima permohonan maaf dari pasukan pembangunan Whoscall. Manakala pengguna terbayar atas App Store boleh memohon bayaran balik menerusi saluran permohonan yang tersedia.

Whoscall disyaki mengumpul data panggilan pengguna

  • Sebab peristiwa: Pada 2hb September 2015, pihak Whoscall telah mengumunkan data pembelian telefon Kad Easycard edisi khas di Taiwan atas halaman Facebook termasuk Jumlah panggilan, Jumlah panggilan individu, jumlah laporan dan jumlah simpanan.
  • Proses Peristiwa: Pengguna memeriksa paket data Whoscall dan mendapati Whoscall akan merekod data panggilan pengguna seperti lokasi, masa, rangkaian, jenis telefon dan keputusan panggilan. Ada pengguna memeriksa kenyataan dasar privasi pengguna dan mendapati kenyataan tersebut tidak menjelaskan aktiviti merekod data panggilan.
  • Akibat Peristiwa: Pihak Whoscall menjelaskan kegiatan merekod data panggilan adalah untuk menjalankan pencarian dalam Komputer pelayan Whoscall supaya mengelakkan pengguna Whoscall terjawab atau terpanggil nombor yang tidak disenangi atau berniat jahat. Analisis data tersebut tidak mengandungi maklumat peribadi pengguna dan Whoscall telah mendapat kebenaran untuk membuat rekod ketika pengguna ingin memasang Whoscall.