Whoscall
Whoscall

Whoscall

Windows Telefon 8.0 atau ke atasWhoscall merupakan satu aplikasi telefon bimbit yang boleh membantu pengguna mengenalpasti identiti pemanggil apabila nombor yang tidak dikenali cuba membuat panggilan. Aplikasi ini dibangunkan dan diperkembangkan oleh sebuah syarikat pembangunan aplikasi Taiwan yang bernama Gogolook. Aplikasi ini membolehkan pengguna mengenalpasti sama ada panggilan tersebut merupakan panggilan penting seperti panggilan perniagaan ataupun panggilan yang tidak diingini. Ia juga dapat menguruskan nombor dengan menyekat nombor atau kata kunci tertentu. Selain itu, ia telah membangunkan pangkalan data luar talian yang oleh muat turun. Aplikasi ini dapat digunakan dengan sistem telefon bimbit Android ataupun Windows telefon dalam 10 bahasa.Ia telah terpilih sebagai Aplikasi Terbaik Google Play pada tahun 2013 dalam 8 buah negara di seluruh Asia.[1] Pada tahun 2013, syarikat Naver mengambil alih syarikat Gogolook.[2] Kini servis whoscall telah merangkumi Taiwan, Hong Kong, Korea, Amerika Syarikat, Singapore, India, Thailand, Malaysia dan negara-negara lain seramai 38 buah negara.