Wide-field_Infrared_Survey_Explorer
Wide-field_Infrared_Survey_Explorer

Wide-field_Infrared_Survey_Explorer

Wide-field Infrared Survey Explorer (WISE; Melayu: Penjelajah Tinjauan Inframerah Medan-luas) ialah sebuah teleskop angkasa lepas astronomi panjang gelombang-inframerah NASA yang aktif antara Disember 2009 dan Februari 2011. Ia telah menemui bintang Kerdil Y dan asteroid trojan Bumi pertama, selain ribuan asteroid baharu.[1]Ia dilancarkan pada 14 Disember 2009,[2][3][4] dan diletakkan dalam keadaan penghibernatan pada 12 Februari 2011 apabila pemancarnya ditutup.[1] Ia menjalankan tinjauan astronomi seluruh-langit dengan imej dengan jalur julat panjang gelombang 3.4, 4.6, 12 dan 22 μm, lebih 10 bulan menggunakan teleskop inframerah berdiameter 40 cm (16 in) di orbit Bumi.[5] Pada Oktober 2010 bahan pendingin hidrogennya habis, namun suatu misi lanjutan empat bulan dipanggil NEOWISE dijalankan bagi mencari badan kecil Sistem Suria berhampiran orbit Bumi (e.g. komet dan asteroid berbahaya) menggunakan kemampuan yang tinggal.[6]NASA mengumumkan pada 27 Julai 2011, bahawa asteroid trojan Bumi pertama telah ditemui menggunakan data yang dikumpul WISE.[7][8] Seterusnya pada 23 Ogos 2011 NASA mengumumkan penemuan jenis baharu bintang yang dipanggil kerdil Y.[9][10] Data seluruh-langit termasuklah imej proses, katalog sumber dan data mentah, dikeluarkan kepada awam pada 14 Mac 2012.[11][12][13][14]Pada Ogos 2013, NASA mengumumkan yang ia akan mengaktifkan semula teleskop WISE bagi misi baharu tiga-tahun untuk mencari asteroid yang mungkin menghentam Bumi.[15]

Wide-field_Infrared_Survey_Explorer

Tempoh orbit 95 minit, 15 kali sehari
NSSDC ID 2009-071A
Rejim panjangombak 3.4, 4.6, 12, 22 μm jalur
Lokasi Orbit rendah bumi
Dilancarkan dari SLC-2, Pangkalan Tentera Udara Vandenberg
Lompoc, California
Kontraktor utama Ball Aerospace
Lockheed Martin
Space Dynamics Laboratory
SSG Precision Optronics
Organisasi NASA/JPL
Tinggi orbit 525 km (326 mi)
Jenis orbit Kutub segerak matahari
Kecondongan: 97.5°
Tarikh pelancaran 14 Disember 2009 14:09:33 UTC
Jisim 750 kg (1,650 lb)
Diameter 0.4 m
Kenderaan pelancar Delta II 7320-10

Rujukan

WikiPedia: Wide-field_Infrared_Survey_Explorer http://www.cbc.ca/news/technology/story/2013/08/22... http://www.spaceflightnow.com/delta/d347/status.ht... http://wise.ssl.berkeley.edu/ http://wise.ssl.berkeley.edu/science.html http://wise2.ipac.caltech.edu/docs/release/allsky/ http://www.astro.ucla.edu/~wright/WISE/ http://www.astro.ucla.edu/~wright/WISE/passbands.h... http://www.jpl.nasa.gov/news/news.cfm?release=2011... http://science.nasa.gov/science-news/science-at-na... http://www.nasa.gov/mission_pages/WISE/main/index....