Wikimapia
Wikimapia

Wikimapia

WikiMapia merupakan peta atas talian yang menggabungkan Google Maps dengan sistem wiki, yang membolehkan para penggunanya menambah beberapa maklumat ke dalam lokasi di peta.[1] Ia direka oleh Alexandre Koriakine and Evgeniy Saveliev, dan dilancarkan pada 24 Mei 2006 dengan matlamat untuk "menjelaskan mengenai seluruh dunia". Ia menjadi salah satu dari 2000 laman yang teratas dikunjungi,[2] dan kini mempunyai lebih 8 juta tempat yang ditandakan.[3] Sementara pendaftaran tidak diwajibkan untuk menambah tempat atau menyuntingnya di dalam WikiMapia, sudah terdapat lebih 153,000 pengguna di seluruh dunia yang berdaftar.[4]

Wikimapia

Dicipta oleh Alexandre Koriakine dan Evgeniy Saveliev
Pengiklanan? Ya
Keuntungan Melalui AdSense
Pendaftaran Ya (tidak diwajibkan)
Laman sesawang www.wikimapia.org
Boleh didapati dalam 101 bahasa
Kedudukan Alexa <1700
Slogan Let's describe the whole World!
Dilancarkan pada 24 Mei 2006
Jenis laman Pemetaan gotong-royong
Status terkini Aktif