Wikipedia:Elakkan_pengucapan_menunjuk-nunjuk

Pengucapan menunjuk-nunjuk (bahasa Inggeris: Peacock term) merujuk kepada ucapan-ucapan bermaksud memuji-puji sesuatu, ataupun membesar-besarkan sesuatu. Pengucapan seperti ini mungkin dapat menarik perhatian pembaca terhadap sesuatu pernyataan, tetapi ia tidak pernah memberi informasi yang berguna kepada pembaca. Oleh itu, ahli Wikipedia seharusnya mengelakkan diri daripada pengucapan menunjuk-nunjuk.Antara pengucapan yang boleh dianggap sebagai pengucapan menunjuk-tunjuk adalah seperti berikut:"Kehebatan" atau "kepentingan" adalah sesuatu yang subjektif. Biarlah fakta sendiri yang berucap dan anda tidak perlu memberi penekanan yang berlebihan kepada sesuatu perkara. Sekirannya anda asyik memasukkan pelbagai pemujian ke dalam rencana anda, maka rencana akan menjadi sebuah rencana yang lemah.