Lain-lain Wikipedia:Manual_gaya_penulisan

Jika semua gagal

Jika anda mempunyai satu isu halus, silalah gunakan sumber lain seperti The Chicago Manual of Style (terbitan University of Chicago Press) atau sumber-sumber Dewan Bahasa dan Pustaka. Jika laman ini berbeza dengan sumber-sumber tersebut, sila ikuti laman ini, tetapi janganlah takut untuk menambah pada laman ini atau membincangkannya di laman perbualan.

Adalah lebih mudah jika anda melihat pada mana-mana rencana yang anda suka dan perhatikan bagaimana ia ditulis. Lihat di mana dan bagaimana mereka menggunakan penanda serta gaya bahasa mereka. Hampir semua rencan boleh diperbaiki, mungkin ada boleh membetulkan/menambah penanda supaya ia lebih mengikut gaya Wikipedia.

Jangan banyak hiasan

Adalah lebih senang untuk anda dan orang lain untuk memahami rencana jika ia tidak ditanda berlebih-lebih. Walaupun dengan penanda-penanda yang diusulkan di sini, anda tidak boleh menganggap sebarang penanda yang anda bubuh akan kelihatan seperti yang sepatutnya apabila dipaparkan.

Lebih mudah untuk memaparkan Wikipedia, menyunting atau menambah rencananya jika penandanya tidak begitu rumit, sekadar cukup untuk memaparkan maklumat dalam bentuk yang berguna dan mudah difahami. Tujuan utama kita ialah ensiklopedia yang berguna, dan kemudian adalah sesuatu yang mudah disunting dan diselenggara.

Ini bermakna kurangkan penggunaan penanda HTML kecuali jika ada sebab yang bagus.

Isu-isu format

Isu-isu format seperti saiz fon, jarak kosong, dan warna merupakan isu-isu seluruh tapak Wikipedia gaya sunting melata (cascading style sheet) dan tidak seharusnya ditangani di dalam rencana-rencana melainkan di dalam kes-kes tertentu. Jika sebagai misalan anda berasa fon-fon tajuk bahagian terlalu besar atau seharusnya terdapat jarak di bawah tajuk bahagian, ini merupakan isu-isu yang berkaitan dengan gaya sunting, bukan tokokan rencana.

Sembunyikan komen

Elakkan daripada menyatakan dengan terang bahawa sesuatu rencana itu belum habis dan perlu diperbaiki lagi. Sama juga, tiada kegunaan pada pembaca untuk melihat tajuk bahagian dan jadual tanpa isi.

Jika anda mahu menyampaikan sesuatu kepada penyunting lain, sembunyikan komen anda dengan menggunakan penanda <!-- dan -->.

Contohnya, komen ini

hello <!-- Ini adalah komen. --> dunia

dipaparkan sebagai:

hello dunia

Jadi komen tersebut cuma boleh dilihat dengan melihat sumber HTML atau wiki.