Wikipedia:Manual_gaya_penulisan

Manual gaya penulisan ini bertujuan untuk mengemukakan format yang tekal supaya halaman-halaman Wikipedia bukan sahaja kelihatan lebih kurang sama tetapi juga mudah dibaca.Ia menjadi amalan umum bagi setiap penerbit untuk mempunyai gaya khas masing-masing dan Wikipedia juga tidak terkecuali untuk itu juga.Oleh sebab Wikipedia merupakan portal masyarakat, penyertaan semua pengguna amat dialu-alukan. Sebahagian pengguna akan berasa susah untuk mematuhi manual gaya penulisan ini. Dalam kes tersebut, satu sistem kompromi telah disediakan.Pematuhan gaya penulisan Wikipedia oleh para penulis, khususnya penulis baru, tidak diperlukan. Dengan kata lain, penyertaan anda diutamakan. Buat sahaja apa-apa yang anda rasa anda berupaya lakukan dan tinggalkan kepada pengguna lain yang lebih mahir untuk mengemaskinikan rencana anda. Satu daripada kelebihan portal masyarakat ialah penciptaan rencana yang cemerlang melalui kerjasama semua pengguna.Peraturan-peraturan yang berikut merupakan kelaziman yang dipersetujui oleh ramai penyunting di Wikipedia induk (iaitu, Wikipedia bahasa Inggeris). Oleh sebab ia merupakan gagasan-gagasan ramai pengguna, biasanya peraturan yang berikut adalah jauh lebih baik daripada gagasan seorang dan perlu diikuti untuk mencapai ketekalan. Walau bagaimanapun, peraturan ini bukanlah muktamad, dan anda boleh menyimpang jika anda mempunyai alasan yang kukuh dan munasabah. Dengan kata yang lain, kebergunaan diutamakan.