Wikipedia:Pautan_antara_bahasa

Pautan antara bahasa ialah pautan dari mana-mana laman (khususnya rencana) dalam satu versi bahasa Wikipedia kepada laman yang bersamaan atau lebih kurang bersamaan dengannya dalam versi bahasa lain Wikipedia. Bukan sahaja Wikipedia, malah Wikikamus, Wikisource, Wikiquote, dan Wikibooks juga yang menggunakan pautan antara bahasa.Ciri pautan antara bahasa juga berfungsi di Commons, dan menghasilkan pautan kepada Wikipedia berbilang bahasa. Pautan dari Wikipedia ke Commons merupakan pautan dalam laman yang muncul pada satu-satu sisi laman web (pada kiri dalam Monobook, pada atas dan bawah dalam Classic) selepas Languages, dan memaparkan nama-nama bahasa yang ada pautannya. Pautan antara bahasa berupa seperti pautan luar (atau berlainan, mengikut CSS-nya), tetapi sintaksnya berupa pautan dalam. Ia merupakan sejenis pautan antara wiki.