Kekecohan Wilayah_Yala

Sejak awal tahun 2004, beberapa insiden kerusuhan dan kekecohan telah melandai selatan Thailand, terutama sekali di wilayah-wilayah Yala, Narathiwat, dan Pattani. Kawasan-kawasan ini didiami oleh majoriti penduduk Melayu Islam dan aktiviti gerakan pemisah telah aktif sejak tahun 80-an. Penduduk-penduduk di sini tidak berasa senang dengan reaksi keras kerajaan pusat terhadap aktiviti gerakan pemisah tersebut. Kebanyakan mereka juga tidak berpuas hati dengan beberapa polisi kerajaan pusat yang memperlakukan mereka dengan cara berbeza daripada kaum etnik Thai.[perlu rujukan]

Pada 26 Oktober 2004, 78 orang telah meninggal dunia akibat kesesakaan nafas setelah kesemuanya dimasukkan ke dalam trak polis akibat ditangkap atas tuduhan rusuhan di daerah tersebut dan sekelilingnya. Kejadian ini dikenali sebagai peristiwa berdarah Tak Bai.[perlu rujukan]

Pada 7 November 2004, Menteri Pertahanan Thai telah mengatakan bahawa lebih kurang 700 orang telah tercedera atau terkorban akibat kekacauan yang berlaku di selatan Thailand sejak Januari 2004.[perlu rujukan]