Wildcatz

Kumpulan Wildcatz merupakan sebuah kumpulan enam remaja penyanyi wanita yang aktif di Malaysia pada 2001. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Kumpulan Wildkatz dianggotai oleh enam remaja terdiri daripada Riffa, Amanda, Winnie, Misha, Fina dan Gina. Mereka bermula dengan pengalaman sebagai penghibur di kelab-kelab dan hotel seluruh negara, dan kini mencebur dalam bidang hiburan dengan menerbitkan album sulung mereka, dengan konsep dance pop rock.Album sulung mereka telah diterbitkan oleh Benny Ardjuna yang merupakan seorang penerbit berpengalaman dalam pembikinan album-album bercorak Dance Muzik, dan juga orang yang pernah mengangkat nama kumpulan Freshies dan kumpulan Def Gab-C menerusi lagu Ibukota Cinta suatu ketika dahulu. Selain itu Wildkatz juga menggunakan sentuhan pemuzik berpengalaman di dalam album mereka seperti Kid (Search), Shah (Slam), Julian Mokhtar (Blues Gang), Ija (Medicine) dan Along (Exist) bagi menghasilkan album sulung mereka itu. Antara lagu yang terdapat dalam album mereka ialah Sesungguhnya Ku Mencintaimu, Jangan Jadi Hantu, Selamat Hari Jadi dan Impian Harapan.

Wildcatz

Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Berasal dari Malaysia
Pengkarya berkait Berkumpulan
Ahli (Gina) Dyanti Gina Juliana
(Miesha aka Mia Gothic)Shariffah Hamimah Binte Syed Hassan
(Amanda) Nor Hazlinda binti Husin
(Fina) Fifi Nurfarina binti Ahmad
(Winnie) Rosni binti Abd. Rahman
(Riffa) Sharifah Aziz Syed Zin