Wile_E._Coyote_dan_Road_Runner
Wile_E._Coyote_dan_Road_Runner

Wile_E._Coyote_dan_Road_Runner

Wile E. Coyote (dikenali hanya sebagai "Coyote") dan Road Runner merupakan pasangan watak kartun dari siri kartun Looney Tunes dan Merrie Melodies. Watak-watak ini dicipta oleh pengarah animasi Chuck Jones pada tahun 1948 untuk Warner Bros., sementara templat pengembaraan mereka adalah hasil kerja penulis Michael Maltese.Dalam setiap episod, Coyote banyak bergantung kepada pendekatan yang keterlaluan tetapi teliti (selalunya banyak menggunakan senjata, bahan letupan serta perangkap) dan bukannya pancainderanya untuk menangkap mangsanya itu. Premis utama siri kartun yang melibatkan mereka ialah "senjata makan tuan", di mana senjata yang digunakan sering kali gagal dalam keadaan yang memalukan.Walaupun Coyote secara amnya senyap dalam kebanyakan kartun pendek Coyote-Road Runner, dia ada kalanya bercakap dengan loghat peringkat tinggi, dengan memperkenalkan dirinya sebagai "Wile E. Coyote - super genius", suaranya dilakonkan oleh Mel Blanc.[1] Road Runner hanya mengeluarkan bunyi "Beep, Beep" (sebenarnya lebih kepada "Meep, Meep"), serta bunyi menjelir lidah. Bunyi "Beep, Beep" tersebut dilakonkan oleh Paul Julian.[2]Setakat ini, sebanyak 48 episod kartun yang dihasilkan dengan menampilkan kedua-dua watak tersebut (termasuk tiga kartun CGI pendek); kebanyakannya dihasilkan oleh Chuck Jones.

Wile_E._Coyote_dan_Road_Runner

Kemunculan pertama Fast and Furry-ous (16 September 1949)
Dicipta oleh Chuck Jones
Disuarakan oleh Wile E. Coyote:
senyap sehingga 1952, kemudian:
Mel Blanc (1952–1961, hanya dalam cerita pendek Wile E. dan Bugs Bunny),
Joe Alaskey (Tiny Toon Adventures),
Dee Bradley Baker (Duck Dodgers),
Maurice LaMarche (webtoon, Looney Tunes: Cartoon Conductor)
Daran Norris
(The Looney Tunes Show)
The Road Runner:
Paul Julian (1949–1995),
Dee Bradley Baker (1995–current),
Frank Welker (Who Framed Roger Rabbit, Tiny Toon Adventures, Looney Tunes: Acme Arsenal, The Looney Tunes Show)

Rujukan

WikiPedia: Wile_E._Coyote_dan_Road_Runner http://www.amazon.com/Hollywood-Cartoons-American-... http://looney.goldenagecartoons.com/articles/1960a... http://www.i-foo.com/~eocostello/wbcc/eowbcc-w.htm... http://www.imdb.com/character/ch0029626 http://www.imdb.com/character/ch0030552 http://blogs.indiewire.com/leonardmaltin/archives/... http://www.latinoreview.com/news/looney-tunes-shor... http://www.newsfromme.com/archives/2007_02_20.html... http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=950... http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=950...