Peraturan Wile_E._Coyote_dan_Road_Runner

Seperti siri kartun lain, Road Runner dan Coyote turut tertakluk kepada hukum fizik kartun. Contohnya, Road Runner berupaya melalui lukisan gua, sementara Coyote pula tidak boleh (kecuali kalau ada lubang yang boleh menyebabkannya terjatuh). Ada kalanya keadaan tersebut terbalik. Kadang-kadang, Coyote boleh terapung di atas udara untuk beberapa lama sehinggalah dia menyedari bahawa dia akan jatuh. Coyote boleh jatuh lebih laju daripada batu (atau meriam), sehingga dia dihempap oleh objec-objek tersebut.

Dalam Chuck Amuck: The Life and Times Of An Animated Cartoonist,[11] adalah didakwa bahawa Chuck Jones dan para pelulis di sebalik pembikinan kartun Road Runner dan Wile E. mematuhi peraturan yang mudah tetapi ketat:

  1. Road Runner tidak boleh membahayakan Coyote kecuali dengan berbunyi "beep, beep."
  2. Tiada daya luaran yang boleh membahayakan Coyote—hanya kegagalannya sendiri atau kegagalan produk Acme. Kereta api dan lori dikecualikan dari semasa ke semasa.
  3. Coyote boleh berhenti bila-bila sahaja—JIKA dia bukan fanatik. (Diulangi: "Seorang fanatik ialah seorang yang menggandakan usahanya semasa dia terlupa akan matlamatnya." —George Santayana).
  4. Tidak boleh ada dialog langsung kecuali bunyi "beep, beep" dan raungan kesakitan.
  5. Road Runner mesti sentiasa berada di atas jalan raya—tanpa sebab lain selain daripada hakikat bahawa dia seekor roadrunner.
  6. Kesemua tindakan mestilah terhad kepada persekitaran semula jadi kedua-dua watak tersebut—gurun barat daya Amerika Syarikat.
  7. Kesemua peralatan, senjata serta jentera mekanikal mestilah diperolehi daripada Perbadanan Acme.
  8. Kalau boleh, jadikan graviti musuh utama Coyote.
  9. Coyote lebih banyak dimalukan daripada dibahayakan oleh kegagalannya.
  10. Perasaan simpati penonton mestilah sentiasa berpihak kepada Coyote.
  11. Coyote tidak dibenarkan menangkap Road Runner.

Peraturan sebegini tidak selalunya diikuti, dan melalui satu temu bual[2] beberapa tahun selepas siri tersebut dimulakan, penulis Michael Maltese berkata dia langsung tidak pernah mendengar tentang "peraturan" tersebut.

Rujukan

WikiPedia: Wile_E._Coyote_dan_Road_Runner http://www.amazon.com/Hollywood-Cartoons-American-... http://looney.goldenagecartoons.com/articles/1960a... http://www.i-foo.com/~eocostello/wbcc/eowbcc-w.htm... http://www.imdb.com/character/ch0029626 http://www.imdb.com/character/ch0030552 http://blogs.indiewire.com/leonardmaltin/archives/... http://www.latinoreview.com/news/looney-tunes-shor... http://www.newsfromme.com/archives/2007_02_20.html... http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=950... http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=950...