William_D._Leahy
William_D._Leahy

William_D._Leahy

Laksamana Armada William Daniel Leahy (6 Mei 1875-20 Julai 1959) adalah seorang pegawai tentera laut Amerika yang berkhidmat sebagai pegawai tentera Amerika Syarikat yang paling kanan dan bertugas aktif dalam Perang Dunia II. Beliau memegang pelbagai jawatan dan berada di tengah-tengah pembuat keputusan utama tentera Amerika Syarikat dalam Perang Dunia II.Selaku Ketua Operasi Tentera Laut dari tahun 1937 hingga 1939, beliau merupakan pegawai kanan dalam Tentera Laut, menyelia persiapan untuk berperang. Selepas bersara dari Tentera Laut, beliau dilantik pada tahun 1939 oleh rakan karibnya iaitu Presiden Franklin D. Roosevelt sebagai Gabenor Puerto Rico. Dalam peranan yang paling kontroversi, beliau berkhidmat sebagai Duta Amerika Syarikat ke Perancis 1940-42, tetapi mempunyai kejayaan yang sedikit dalam mengekalkan kerajaan Vichy bebas dari kawalan Jerman.Leahy dipanggil semula untuk bertugas secara aktif sebagai Ketua Turus peribadi kepada Presiden Franklin D. Roosevelt pada tahun 1942 dan telah berkhidmat dalam jawatan itu di sepanjang Perang Dunia II. Beliau mempengerusikan Ketua-Ketua Turus dan merupakan pembuat keputusan utama semasa perang. Beliau meneruskan perkhidmatannya di bawah Presiden Harry S. Truman sehingga bersara pada tahun 1949. Dari tahun 1942 hingga persaraannya pada tahun 1949, beliau merupakan anggota berpangkat tertinggi dalam tentera AS, melapor hanya kepada Presiden. Beliau merupakan de facto Pengerusi Ketua-Ketua Turus Bersama pertama Amerika Syarikat (bukan gelaran rasmi beliau) dan beliau juga mempengerusikan delegasi Amerika ke Gabungan Ketua Turus, apabila staf Amerika dan British bekerjasama.Sebagai Laksamana Armada, Leahy adalah pegawai tentera laut Amerika Syarikat yang pertama memegang pangkat lima bintang dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Kapal kruiser USS  Leahy  (DLG-16) telah diberi penghormatan sempena namanya.

William_D._Leahy

Lahir William Daniel Leahy
(1875-05-06)6 Mei 1875
Hampton, Iowa
Pangkat Laksamana Armada
Didahului oleh William Harrison Standley
Digantikan oleh Harold Rainsford Stark
Anugerah See below
Tahun perkhidmatan 1897–1939, 1942–1959[1]
Kesetiaan Amerika Syarikat
Pertempuran Perang Sepanyol-Amerika
Pemberontakan Boxer
Perang Dunia I
Perang Greece-Turki
Perang Dunia II
Meninggal dunia 20 Julai 1959(1959-07-20) (umur 84)
Bethesda, Maryland
Perkhidmatan/cawangan  United States Navy
Presiden Franklin D. Roosevelt
Perkhidmatan Ketua Turus kepada Panglima Tertinggi
Ketua Operasi Tentera Laut

Rujukan

WikiPedia: William_D._Leahy http://books.google.com/books?id=qh5lffww-KsC http://williamdleahy.tumblr.com http://alsos.wlu.edu/qsearch.aspx?browse=people/Le... http://www.history.army.mil/books/Last_Salute/Ch17... http://www.history.navy.mil/faqs/faq36-2.htm http://www.history.navy.mil/photos/pers-us/uspers-... http://www.history.navy.mil/sources/dc/loc.htm http://www.nwc.navy.mil/library/3publications/NWCL... http://www.arlingtoncemetery.net/wdleahy.htm http://www.walterborneman.net/HOME.html