Konsep Winamp

Kulit

"EVO" rekaan Alexandru Popa, kulit Winamp yang "klasik""Template Amp 1.1" rekaan Mischa Klement, templat yang direka untuk membantu pereka kulit Winamp

Kulit ini merujuk kepada satu ciri antaramuka pengguna grafik Winamp yang boleh diubahsuai wajahnya. Winamp telah menerbitkan dokumentasi mengenai rekaan kulit, serta menjemput para penyumbang untuk menerbit kulit di Winamp.com. Winamp 5.0 menyokong kulit-kulit "klasik" yang direka mengikut spesifikasi Winamp 2, serta juga kulit-kulit "moden" yang menurut spesifikasi Winamp3. Kulit-kulit moden menyokong saluran-saluran alpha, bar alat yang berlabuh, dan banyak lagi inovasi terhadap GUI, tetapi ramai pereka kulit masih komited kepada spesifikasi kulit "klasik". Templat-templat kulit, seperti yang direka oleh Mischa Klement dan Jellby, telah memudahkan penghasilan kulit-kulit yang makin canggih. Komuniti-komuniti pereka kulit di Internet, seperti 1001 Winamp Skins dan deviantart, serta kegiatan forum di Winamp.com membuktikan kelarisan ciri ini dan kefleksibelannya sebagai pengantara bagi ekspresi kreatif. Sepertilah media-media kesenian yang lain, seiring dengan peningkatan bilangan karya-karya hasilan bebas, kulit-kulit ini juga terbahagi kepada kategori atau gaya genre, seperti mempromosi selebriti, peragawati fesyen, filem, kereta, kumpulan muzik, jenama, dan bentuk-bentuk hiburan lain. Para pereka juga menghasilkan rekaan sesuka hati mereka, seperti mengajuk antaramuka perisian lain, mencontohi nostalgia perkakas dan sistem pengendalian lama, seni lukis tangan, paparan 3 dimensi yang merangkumi rekabentuk kelutsinaran, minimalis dan kontras tinggi, serta pelaksanaan grafik vektor yang pintar. Saiz komuniti pemaju ini mencetuskan pemasukan sokongan kulit Winamp dalam perisian media digital lain seperti Windows Media Player dan XMMS.

Plug-in

Perkakas pembangunan perisian Winamp membolehkan ara pemajunya untuk menambahkan fungsi Winamp melalui penggunaan plug-in, yang dikategorikan kepada tujuh jenis berikut:

  • Plug-in input menyahkod data media yang terkandung dalam format fail tertentu.
  • Plug-in output mengawal destinasi audio yang dinyahkod (seperti alat DirectSound atau penulisan terus ke fail).
  • Plug-in Visualization memberi grafik yang dihidupkan oleh bunyi.
  • Plug-in DSP/Effect memanipulasi audio (reverb, pengkhususan, penyamaan bunyi, pemampatan, dsb).
  • Plug-in General Purpose (Kegunaan am) menambah fungsi atau sambungan kepada Winamp (Media Library, jam loceng, atau pause when logged out).
  • Plug-in Media Library menambah fungsi atau sambungan pada plug-in Media Library (gen_ml, disertakan dengan Winamp).
  • Plug-in Device (Alatan) menambahkan sokongan pemain media mudah alih kepada plug-in Portable Media Player (ml_pmp, disertakan dengan Winamp)

Pembangunan mudah bagi plug-in input khusus menyumbang kepada keserbabolehan Winamp berbanding perkakas pemain media yang keras. Contohnya, muzik permainan video yang popular mencetuskan pembangunan plugin bagi fail muzik game konsol mainan, seperti NSF, USF, GBS, GSF, SID, GYM, SPC, PSF dan PSF2.

Pelbagai plug-in boleh didapati di laman web Winamp.[14]

Rujukan

WikiPedia: Winamp http://www.angelfire.com/nc/ugetab/nezplug.html http://corp.aol.com/press-releases/2007/10/aol-ann... http://dev.aol.com/sdk/winamp http://press.aol.com/article_display.cfm?article_i... http://fileforum.betanews.com/detail/Winamp_3_for_... http://news.cnet.com/2100-1023-896972.html http://www.cnet.com/4520-11136_1-6257577-1.html http://fantasyanime.com/emuhelp/music.htm#first_op... http://books.google.com/books?id=ZO6h8bn1JcYC&pg=R... http://books.google.com/books?id=ygEAAAAAMBAJ&pg=P...