Wings (kumpulan muzik Malaysia)
Wings (kumpulan muzik Malaysia)

Wings (kumpulan muzik Malaysia)

Wings merupakan sebuah kumpulan muzik rock Malaysia yang ditubuhkan pada 1985 di Kuala Lumpur, Malaysia. Semasa penubuhannya, kumpulan ini dianggotai oleh lima anggota asal yang terdiri dari Awie (Penyanyi), Syam (Gitar Utama), Baharom (Gitar), Zul (Gitar Bes) dan Jojet (Dram). Namun jumlah anggota Wings telah berubah dengan menjadikan empat orang anggota sahaja. Awie, Joe, Eddie dan Black adalah anggota yang telah mengambil jangka masa yang lama untuk menganggotai kumpulan ini. Kini anggota Wings hanya bertiga iaitu Awie, Eddie dan Black selepas pemain gitar utamanya, Joe telah meninggalkan kumpulan ini pada penghujung tahun 2016 berikutan masalah dalaman yang dihadapinya setelah 28 tahun beliau bersama Wings. Sesudah Joe meninggalkan kumpulan ini, Wings kini menggunakan nama Wings & Superfriends.[1] Ini berikutan Wings bersetuju untuk memerlukan dua khidmat pemain gitar utama yang berpengalaman iaitu Syam yang juga merupakan anggota asal Wings dan Edrie Hashim (Bekas anggota kumpulan Chapters) sebagai pemuzik undangan yang diberi gelaran Superfriends untuk menggantikan tempat Joe. Kini Wings & Superfriends mempunyai lima anggota iaitu Awie (Penyanyi), Eddie (Gitar Bes), Black (Drum), Syam (Gitar Utama) dan Edrie (Gitar Utama). Sehingga kini kumpulan Wings telah menerbitkan sebanyak sebelas buah album studio tidak termasuk album kompilasi, live dan album studio bersama Search. Hampir kesemua album Wings berjaya mencapai jualan ketahap Anugerah Platinum, Anugerah Double Platinum, Anugerah Tripple Platinum dan sehingga ke Anugerah Quadraple Platinum. Album studio Wings ke-11, Menakluk Kosmos (2014) telah terjual sebanyak 10, 000 unit. Wings turut tidak ketinggalan untuk menceburi dalam industri perfileman yang telah pun muncul sebanyak enam buah filem dan antaranya ialah Pemburu Bayang (1993) dan Leftwings (2012).Pada tahun 2015, sempena ulang tahun penubuhan Wings ke-30, band ini telah mengadakan konsert berskala besar dan bersejarah yang bertemakan 'Konsert Wings 30 Tahun' di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang berjaya memukau lebih 20 ribu penonton.

Wings (kumpulan muzik Malaysia)

Bekas ahli Mel - Vokal
Mus - Vokal
Syam - Gitar Utama
Joe - Gitar Utama
Jojet - Dram
Ahli Awie - Vokal
Eddie - Bass
Black - Dram
Syarikat rakaman ASP (1987–1988)
BMG (1991–)
Pengkarya berkait Search
Genre Rock, Heavy Metal, Hard Rock
Berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia
Tahun aktif 1985–kini
Instrumen Vokal

Rujukan

WikiPedia: Wings (kumpulan muzik Malaysia) http://kisah69.blogspot.com/2012/04/trivia-kumpula... http://www.facebook.com/wingsmotorgangsociety //scholar.google.com/scholar?q=%22Wings%22+kumpula... //www.google.com/search?&q=%22Wings%22+kumpulan+mu... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Wings... //www.google.com/search?q=%22Wings%22+kumpulan+muz... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Wings%22+ku... http://www.limauais.com/konsert-wings-opera-hidup-... http://www.ohbulan.com/gambar-konsert-wings-opera-... http://malaymp3.info/?s=wings