Winnie-the-Pooh

Winnie-the-Pooh ialah beruang rekaan yang dicipta oleh A. A. Milne. Beruang ini berasal dari permainan anak lelaki Milne bernama Christopher Robin Milne. Ia dinamakan sempena "Winnipeg" (diringkaskan kepada Winnie) yang merupakan seekor beruang di Zoo London dan maskot bagi regimen tentera Kanada. "Pooh" pula ialah nama gelaran yang Milne dan anak lelakinya berikan kepada seekor angsa putih. Buku pertama "Winnie-the-Pooh" diterbitkan pada tahun 1926 dan disusuli dengan buku lain. Walt Disney membuat siri kartun berdasarkan buku-buku ini dan sehingga hari ini syarikat tersebut masih memegang hak watak "Winnie-the-Pooh".