Sinopsis Winter_Sonata

Cerita dimulakan ketika Joon-Sang, anak seorang pemuzik terkenal berpindah ke chuncheen kota kecil di Korea Selatan. Sebagai seorang murid berbakat,Joon-Sang yang pendiam disukai teman-teman dan gurunya. Joon-Sang percaya tiada seorang pun yang benar-benar mencintainya kerana ia percaya ayahya sudah meninggal setelah bertengkar dengan ibunya.

Pada suatu hari, Joon-Sang bertemu seorang wanita bernama Yoojin ketika berada di dalam bus dan mereka duduk bersebelahan, ternyata Yoojin adalah rakan sekelas barunya. Selepas itu mereka saling jatuh cinta. Namun hubungan mereka tidak berpanjangan. Joon-Sang menjadi mangsa langgar lalu lintas ketika ingin pergi berjumpa Yoojin pada malam hari Krismas sehingga menyebabkannya menderita amnesia akibat kerosakan pada bahagian otak.

Ibu Joon-Sang menyuruh seorang psikologi untuk mencuci otak Joon-Sang. Semua ingatan Joon-Sang yang lalu dipadamkan. Ibunya kemudian berpindah ke Amerika Syarikat. Disana Joon-Sang menggunkana nama baru sebagai Lee Min-Hyung. Sementara itu semua teman-teman dan guru-gurunya diberitahu bahawa Joon-Sang telah meninggal Dunia.

Sepuluh tahun berlalu Joon-Sang telah menjadi seorang arkitek di Amerika Syarikat. Ia sudah tidak ingat lagi semua kehidupannya di korea. Joon-Sang telah menjadi orang yang berbeza. Seorang berhati terbuka yang peduli terhadap orang lain termasuk terhadap ibunya. Ia kembali ke korea dan Yoo-Jin kebetulan melihatnya di sebuah jalan. Yoo-Jin sudah pun menjadi seorang desginer interior. Ia teringat masa-masa indah bersama Joo-Sang sehingga sanggup membatalkan pertunangannya dengan Song-Hyuk sahabatnya sejak kecil. Yoojin tidak tahu Joon-Sang sudah bercinta dengan teman saingannya iaitu Cherin. Yoo-Jin mula bekerja di pejabat arkitek tempat Joon-Sang jugs bekerja dan ingin tahu apakah Joon-Sang masih mengingatinya.