Sejarah Wisma_FAM

Wisma FAM telah ditubuhkan pada akhir 1990-an kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia memerlukan sebuah ibupejabat dan juga lapang latihan bagi Pasukan bola sepak Malaysia. Pada masa itu, ibupejabat Persatuan Bola Sepak Malaysia terletak di Dewan Bandaraya di pelbagai negeri dan pasukan kebangsaan telah berlatih di pelbagai lapangan latihan di seluruh Malaysia.

Apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia telah bersetuju untuk menubuhkan Wisma FAM, serentak dengan itu kemudahan ini diumumkan menjadi ibupejabat bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia dan pasukan kebangsaan. Wisma FAM digunakan bagi semua pasukan bola sepak kebangsaan termasuklah pasukan senior, pasukan wanita, Pasukan Olimpik dan pasukan futsal kebangsaan.

Kemudahan ini juga berfungsi sebagai tempat mesyuarat, satu bilik untuk penyataan akhbar dan ia juga mengandungi bilik kecil bagi pemain kebangsaan. Tiket perlawanan juga dijual di Wisma FAM.

Ia juga menganjurkan perlawanan persahabatan yang melibatkan apa sahaja pasukan kebangsaan.[1]

JANGANLAH UBAH AYAT SESUKA HATI TAK SAMA MACAM ORIGINAL BAHASA INGGERIS NYA...