Wisteria_Lane

Wisteria Lane merupakan sebuah jalan kediaman rekaan terletak di Fairview, sebuah bandar rekaan, Eagle State, Amerika Syarikat dan merupakan kediaman bagi watak-watak utama ABC siri rancangan televisyen Desperate Housewives. Ia mirip seperti jalan-jalan dikawasan suburbia di Amerika dengan laman yang dijaga rapi, sebarisan rumah-rumah cantik yang selesa dan dihiasi pagar-pagar kayu berwarna putih.