Wonderland_(EP)

Wonderland ialah EP kedua oleh penyanyi Korea Selatan kelahiran Amerika, Jessica. Versi Korea dari EP ini terdiri dari enam lagu yang dikeluarkan oleh Coridel Entertainment pada 10 Disember 2016, sementara versi bahasa Inggeris yang mengandungi lagu yang sama (kecuali "Beautiful" dan "Tonight") dikeluarkan pada 30 Disember 2016. Album ini ialah rakaman kedua Jessica setelah meninggalkan Girls' Generation pada September 2014. Lagu "Wonderland" dikeluarkan sebagai single dari album pada 10 Disember 2016.