X FM
X FM

X FM

XFM ialah sebuah stesen radio di Malaysia yang terkenal kerana hanya memutarkan lagu-lagu Malaysia. Nama asal stesen radio ini adalah XFresh FM, walaupun telah bertukar nama kepada XFM pada Ogos 2008, namun penggunaan nama XFresh dalam logo diteruskan sehingga pertengahan 2009. Stesen ini menyasarkan pendengar remaja. XFM dilancarkan di corong FM pada 28 September 2004 setelah lama hanya berkumandang di Astro Radio dan DVRPlayer di bawah nama Varia.XFM merupakan salah satu komponen kepada jenama portal web remaja Xfresh yang merupakan naungan AMP Radio Networks.Stesen radio ini menggunakan cogan kata "Muzik Malaysia Terbaru Anda". Kini XFM bersiaran secara online bermula pada 9 Julai 2012, frekuensi dan slot di Astro saluran 858 diambil-alih oleh stesen radio berbahasa Cina, Melody FM.