XML
XML

XML

XML (Extensible Markup Language, dalam bahasa Melayu Bahasa Penanda Boleh Perluas) ialah sebuah bahasa penanda yang disyorkan oleh Konsortium Jaringan Sejagat (W3C) untuk kegunaan umum dalam format yang boleh dibaca manusia dan boleh dibaca mesin. Ia didefinisikan dalam XML 1.0 Specification[1] yang dikeluarkan W3C, dan beberapa spesifikasi berkaitan yang lain, [2] yang kesemuanya piawai terbuka percuma.[3]Sasaran reka bentuk XML menitikberatkan kesenangan penggunaan, keitlakan, dan kebolehgunaan menerusi Internet. [4] Ia merupakan format data teks yang mempunyai sokongan kuat bagi bahasa-bahasa dunia melalui Unicode. Kendatipun reka bentuk XML tertumpu kepada dokumen, ia digunakan secara meluas bagi penggambaran struktur data sebarangan yang terdapat, misalnya, dalam perkhidmatan web.Berbeza dengan bahasa penanda lain seperti HTML, ia tidak melakukan apa-apa selain menyimpan data. Dalam kata lain, XML tidak memaparkan data, sebaliknya memegang data.

Rujukan

WikiPedia: XML http://teknologi-maklumat.com/wiki/XML http://www.dblab.ntua.gr/~bikakis/XML%20and%20Sema... http://web.archive.org/web/20110514120305/http://d... http://web.archive.org/web/20110726002036/http://d... http://www.tbray.org/ongoing/When/200x/2003/04/26/... http://www.w3.org/Consortium/Legal/2002/copyright-... http://www.w3.org/International/questions/qa-contr... http://www.w3.org/TR/2006/REC-xml11-20060816/ http://www.w3.org/TR/2008/REC-xml-20081126/ http://www.w3.org/TR/2008/REC-xml-20081126/#NT-Att...