Xantona

Xantona ialah sejenis sebatian organik dengan formula molekul C13H8O2. Ia boleh disediakan dengan memanaskan fenil salisilat.[2] Pada tahun 1939, xantona telah diperkenalkan sebagai suatu racun serangga dan kini, ia didapati boleh digunakan sebagai racun bagi telur-telur anak rama-rama dan sebagai suatu racun larva.[3] Xantona juga digunakan di dalam penyediaan xanthidrol yang digunakan untuk mengukur jumlah urea di dalam darah.Xantona merupakan sejenis superantioksida yang mujarab, ia berkesan terhadap pengkulturan tisu barah misalnya: barah buah dada, barah paru-paru, barah perut dan sejenis leukemia.[perlu rujukan] Menurut kajian dari pakar penyelidik J. Frederick Templeman, (M.D), Xanthona mempunyai kesan positif terhadap keseluruhan sistem badan.[perlu rujukan] Kini kajian saintifik telah menemukan bahawa terdapat lebih 200 jenis superantioksida xantona di alam semula jadi.[perlu rujukan]