Yahya_Jammeh
Yahya_Jammeh

Yahya_Jammeh

Alhaji Dr. Yahya (Abdul-Aziz Jemus Junkung) Jammeh (Jola: يحيا آبدل-آزٌيز جمس خنكنغ ديلليو جمح; lahir di Kanilai, 25 Mei 1965; umur 54 tahun) merupakan Presiden Gambia. Sebagai pengerusi Majlis Kuasa Undang-undang Tentera Sementara, beliau mengawal negara ini dalam rampasan kuasa militan pada Julai 1994, dan terpilih sebagai presiden sah pada September 1996, dalam sebuah pilihan raya yang dikritik oleh banyak pihak.[4] Dia mengasaskan Perikatan Pembinaan dan Penyemaian Semangat Patriotik sebagai sebuah parti politik bagi bertanding dalam pilihan raya itu. Presiden Jammeh dilantik semula pada 18 Oktober 2001 dengan majoriti 53%; pilihan raya ini diisytiharkan bebas oleh para pemerhati.[5]Jammeh telah dituduh sebagai menyekat kebebasan akhbar, undang-undang akhbar yang tegas dan diikuti dengan kes pembunuhan seorang wartawan yang tidak dapat diselesaikan yang kerap mengkritik kerajaan, Deyda Hydara, pada bulan Disember 2004.[6] Sebuah cubaan rampasan kuasa ke atas Jammeh telah dilaporkan dan berjaya dipatahkan pada 21 Mac 2006; Jammeh, yang ketika itu berada di Mauritania dengan segera kembali semula ke negaranya. Ketua Turus Tentera Ndure Cham, ketua cubaan rampasan kuasa itu,[7] dilaporkan melarikan diri ke negara jiran, Senegal, sementara beberapa orang yang lain telah ditahan[8] dan dibicarakan.Jammeh bertanding untuk penggal ketiga sebagai presiden pada 22 September 2006. Pilihan raya terbabit dirancang diadakan pada bulan Oktober tetapi diawalkan berikutan bertembung dengan bulan suci orang Islam iaitu Ramadan.[9] Dia dilantik semula dengan majoriti 67.3% undian.[10]Beliau seterusnya menang penggal keempatnya pada pilihan raya presiden November 2011 dengan majoriti 71.5 %.[11]Pada pilihanraya presiden Gambia tahun 2016, beliau tewas ditangan Adama Barrow.