Kerjaya Yasin_Sulaiman

Brothers (1995–kini)

Beliau merupakan salah seorang ahli terawal kumpulan Brothers sewaktu penubuhannya pada 1995 dan sempat menerbitkan dua album bersama kumpulan ini – We Are… (1997) dan Satu Perjuangan (1998). Yasin meninggalkan Brothers pada 2000 untuk meneruskan kerjaya muziknya secara solo dan tempatnya digantikan oleh Akbar Azmi. Yasin kembali ke pangkuan Brothers pada 2005 menerusi album Brothers Reunited. Pada 2015, kumpulan ini muncul dengan album terbaru, Sabar[2] yang merupakan album keempat Yasin bersama Brothers[3] dan yang terakhir bagi salah seorang ahli kumpulan ini, Salleh Deril sebelum kematiannya pada Oktober 2016 akibat serangan jantung, meninggalkan Yasin dan dua ahli Brothers yang lain.[4][5]

Kerjaya solo (2001–kini)

Yasin memulakan kerjaya muziknya secara solo pada 2001 dan seterusnya muncul dengan album Mimpi Laila[6] yang mempertaruhkan single pertamanya dengan judul sama. Kejayan ini diikuti oleh album solo keduanya, Salsabila (2004) dan Arus Qudus (2007) dan singlenya seperti "Aisyah" dan "Kerna Dia".

Pada Ogos 2016, beliau muncul dengan single terbarunya "Muzik" yang mendapat sentuhan gitar oleh sahabat rapat beliau iaitu penyanyi Faizal Tahir. Lagu ini boleh didapati di kesemua platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Raku, Joox dan juga Apple Music bermula 5 Ogos 2016.[7][8]

Rujukan

WikiPedia: Yasin_Sulaiman http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/anggota-kump... http://www.budiey.com/yasin-sulaiman-muzik/ http://www.imdb.com/name/nm3878741/ http://www.myselebriti.com/2009/01/yasin-bebas-kri... http://www.bharian.com.my/node/199503 http://www.hmetro.com.my/node/158951 http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/200... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/yasin-kolabo... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20120731/h...