Kematian Yus_Raja_Lawak

Pada tanggal 30 November 2015, pemergian Yus telah mengejutkan rakyat Malaysia. Beliau sempat memberikan persembahan di Dataran Merdeka sebelum diumumkan pemergiannya oleh Tauke (Raja Lawak) di akaun Instagramnya. Yus dikatakan mengalami sesak nafas dan meninggal di Hospital Selayang pada pukul 12.30 pagi. Ramai artis yang hadir di hospital berikut sehingga berita kematian Yus diumumkan. Ahmad Nabil Ahmad terus bergegas ke hospital tersebut selepas sahaja mengacarakan program Gegar Vaganza 2. Turut bersedih dengan pemergian Yus ialah Afdlin Shauki yang menyatakan salam takziahnya menerusi akaun Facebook dan Instagramnya.[1][2]