Sejarah Z

Z Proto-SemitikZ PhoeniciaZ EtruskanZeta Yunani

Nama huruf Semitik asalnya ialah zayin, yang mungkin membawa maksud "senjata", serta merupakan huruf ketujuh dalam abjad berkenaan.

Bentuk Z Yunani amat menyerupai huruf Phoenicia I, dan begitulah bentuk hurufnya sepanjang zaman kuno. Orang Yunani memanggilnya Zeta, berasaskan nama-nama huruf Eta (η) dan Theta (θ).

Dalam abjad Etruskan, huruf Z munngkin menandakan bunyi /ts/; dalam bahasa Latin pula, /dz/. Dalam bahasa Latin awal, bunyi /z/ berubah menjadi /r/ maka lapuknya huruf Z. Maka pada tahun 300 SM huruf Z digugurkan oleh Censor Appius Claudius Caecus, lalu diganti huruf baru G di tempatnya.

Pada abad pertama SM, huruf Z diterapkan kembali ke dalam abjad Rumi agar menandakan bunyi zeta Yunani dengan lebih tepat berbanding transkripsi S di awal kata dan ss di tengah kata-kata berkenaan sebelum ini, cth. sona = ζωνη, "tali pinggang"; trapessita = τραπεζιτης, "jurubank". Huruf ini hanya kelihatan dalam kata-kata pinjaman Yunani, dan Z bersama Y merupakan dua huruf yang dipinjam oleh bangsa Rom terus dari Yunani.

Dalam Bahasa Latin Kasar, huruf Zeta Yunani nampaknya menandakan bunyi (IPA: [dj]), dan kemudian (IPA: [dz]); d dipakai untuk bunyi /z/ dalam kata-kata seperti baptidiare sebagai ganti baptizare ("baptis"); sebaliknya Z dijadikan tanda bunyi /d/ dalam bentuk-bentuk seperti zaconus bagi diaconus ("paderi"); dan zabulus untuk diabulus ("iblis"). Z juga sering ditulis sebagai gantian konsonan I (iaitu, J, /j/) seperti zunior untuk junior "lebih muda".

Bentuk-bentuk Z

Bentuk lainan glif Z yang berasal dari mukataip Goth dan Blackletter Moden Awal ialah "z berekor". Bentuk huruf z berekor ini bergabung dengan bentuk huruf s panjang, menjadi huruf kembar ß dalam ejaan bahasa Jerman.

Satu bentuk z berekor iaitu Ezh, diterima guna dalam IPA sebagai tanda konsonan frikatif belakang gusi bersuara (IPA: [Ʒ]).

  • Huruf z kecil seperti yang diajar di sesetengah sekolah rendah Jerman
  • Bentuk z dalam mukataip Antiqua