Kesihatan Zaharuddin_Abu_Kassim

Datuk Zaharuddin pernah dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh kerana penyakit ulser dan telah menjalani pembedahan. Bagaimanapun doktor yang merawatnya turut mengesan beliau mengalami komplikasi jantung dan memindahkannya ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei 2010. Pada 24 Mei 2010, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dilaporkan berkata bahawa Datuk Zaharuddin sudah mampu memberikan respon melalui komunikasi mata.[1]

Terdapat usul pilihan raya kecil tetapi ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.[2]