Zaid_Zahari

Zaid bin Zahari adalah penerbit, pengarah, penulis skrip dan pelakon lelaki Malaysia. Zaid mula dikenali dengan rancangan komedi sketsa Alamak! yang disiarkan di Astro pada 2009 hingga 2011. Selain itu, Zaid turut terlibat dengan lebih 200 filem , drama , video koperat , muzik video dan rancangan online termasuk Hantu Kapcai, Hantu Air, Spa Q, Kasut Tumit Tinggi, Cinta Jannah, Syirik dan sitkom Cakap Melayu Lah!.[2][3] Zaid juga mempunyai syarikat penerbitan Ritz Channel.Zaid dilahirkan di London, England dan meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah St.John di Kuala Lumpur. Seterus itu, dia belajar di Universiti Leeds dalam bidang jurutera mekanikal , England, Beliau bekerja sebagai jurutera selama tujuh tahun di Sime Darby.Zaid belajar lakonan di Actors Studio , Kuala Lumpur pada 2006 , dibawah bimbingan Joe Hasham dan Faridah Merican.Beliau juga menghadiri beberapa kursus lakonan, pengarahan dan penerbitan anjuran Finas.

Zaid_Zahari

Pekerjaan
  • Penerbit
  • pengarah
  • penulis skrip
  • pelakon
Anak 1
Nama lain Zaid Alamak
Terkenal kerana Alamak!
Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
Kelahiran Zaid bin Zahari
London, England[1]
Pusat pendidikan Universiti Leeds