Biografi Zairil_Khir_Johari

Zairil adalah anak kepada seorang ahli politik terkenal Malaysia, Allahyarham Tan Sri Mohamed Khir Johari, yang merupakan salah seorang pemimpin pengasas United Malays National Organisation (UMNO), iaitu parti politik terbesar Malaysia dan sebahagian daripada gabungan multi-parti Barisan Nasional.

Kerjaya awam Tan Sri Khir menjangkau lima dekad bermula dari 1946 sebagai Setiausaha SABERKAS dan kemudiannya Setiausaha-Agung UMNO pada tahun 1954. Pada tahun 1955, beliau telah bertanding dalam pilihan raya persekutuan yang pertama dan telah memenangi kerusi Kedah Tengah. Beliau kemudiannya telah terpilih semula sebanyak empat kali. Selain daripada jawatan-jawatan penting dalam parti, Tan Sri Khir juga telah memegang beberapa portfolio kementerian seperti Menteri Perdagangan dan Industri, Menteri Pelajaran dan Menteri Pertanian dan Koperasi. Sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1957, beliau bertanggungjawb untuk melaksanakan Ordinan Pelajaran 1957yang telah memperkenalkan banyak perubahan kepada sektor pendidikan Malaysia. Tan Sri Khir juga bergiat aktif dalam bidang kesukanan Malaysia. [5]

Tan Sri Khir telah dikurniakan pelbagai anugerah dan bintang darjah kebesaran bagi menghargai sumbangan dan perkhidmatan beliau kepada negara dan masyarakat, termasuk darjah Panglima Mangku Negara (PMN) pada tahun 1986 yang membawa gelaran Tan Sri, serta darjah Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Dato’ [6]

Dari segi politik, Zairil mendakwa bukan sahaja dipengaruhi kerjaya politik Tan Sri Khir Johari tetapi juga mentornya, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, iaitu Perdana Menteri pertama Malaysia. Tunku dan Tan Sri Khir merupakan kawan karib selama 48 tahun.

Zairil adalah graduan School of Oriental and African Studies, University of London, di mana beliau telah menerima ijazah Sarjana dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi. Sebelum itu, beliau telah mengaji di Universiti Multimedia di Cyberjaya dimana beliau telah menerima ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Kejuruteraan Sistem Maklumat.

Semasa pengajiannya di London, Zairil telah terdedah kepada isu-isu hak asasi dan demokrasi di serata dunia. Beliau juga telah mendalami minatnya dalam pembangunan sosial dan politik melalui pengajiannya tentang era pasca Perang Dingin, tragedi September 11 serta imperialisme Amerika Syarikat.

Setelah kembali ke Malaysia, Zairil telah menubuhkan RND Chocolate Labs, di mana beliau memegang jawatan CEO ataupun sepertimana beliau suka menggelarnya, “Chocolate Eating Officer”.

Pada akhir tahun 2010, atas pengaruh warisan politiknya dan kerana kebimbangannya tentang keadaan politik di Malaysia, beliau telah meninggalkan dunia perniagaan untuk melibatkan diri dalam politik secara sepenuh masa.

Rujukan

WikiPedia: Zairil_Khir_Johari http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://penangmonthly.com/tag/asean-coalition-for-c... http://www.theedgemalaysia.com/highlights/228556--... http://www.theedgemalaysia.com/political-news/2293... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article... http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article... http://dinmerican.wordpress.com/2011/02/23/25261/ http://zairil.wordpress.com/2011/01/04/kenapa-saya...