Zakat_perniagaan

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.[1] Kadar zakat yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada semua nilaian harga barang-barang yang diperniagakan pada tarikh cukup haul.[2]Zakat perniagaan ini sebenarnya ialah sejenis zakat pendapatan.