Zaman_Yamato
Zaman_Yamato

Zaman_Yamato

Sejarah JepunGlosariZaman Yamato (大和時代, Yamato-jidai) ialah satu zaman dalam sejarah Jepun yang mana kerabat diraja Jepun memerintah negara dari Wilayah Yamato, kini dikenali sebagai Wilayah Nara. Zaman Yamato dibahagi kepada dua iaitu zaman Kofun dan zaman Asuka, yang dipisahkan oleh peristiwa perpindahan ibu kota ke kota Asuka, di wilayah Nara. Sebenarnya, zaman Kofun berupa zaman arkeologi manakala zaman Asuka pula bersejarah.Walaupun dikatakan adalah dari tahun 250–710 (termasuk zaman Kofun (c 150-538) dan zaman Asuka (538-710)), tarikh permulaan pemerintahan Yamato amat diragui. Keagungan wangsa Yamato menerima tentangan kuat dari kuasa-kuasa lain di seluruh Jepun pada zaman Kofun. Sekurang-kurangnya puak-puak Yamato pasti banyak kelebihannya berbanding puak-puak lain pada abad ke-6.Pada era Putera Shōtoku pada awal abad ke-7, Jepun menetapkan perlembagaan baru yang mencontohi China sebagai asas. Setelah tumbangnya kerajaan Baekje (660 M), kerajaan Yamato menghantar utusan terus ke istana China, di mana mereka memperoleh kekayaan struktur falsafah dan sosial. Selain tatasusila dan kerajaan, orang Jepun juga menerima guna takwim Cina dan memeluk agama-agama baru dari China, termasuk Konfusianisme dan Taoisme (Onmyo).