Sejarah_Jepun
Sejarah_Jepun

Sejarah_Jepun

Sejarah JepunGlosariSejarah bertulis Jepun bermula dengan kemunculan ringkas dalam teks-teks sejarah Cina pada abad ke-1. Bagaimanapun, penyelidikan arkeologi menunjukkan bahawa manusia telah hidup di pulau-pulau Jepun seawal Zaman Paleolitik Awal lagi. Menyusul zaman ais terakhir pada sekitar 12,000 SM, ekosistem Kepulauan Jepun yang kaya menggalakkan pembangunan manusia yang mengeluarkan tembikar terawal yang diketahui semasa zaman Jomon. Sejarah Jepun berselang-seli antara tempoh-tempoh keterasingan dengan pengaruh-pengaruh radikal yang kekadang bersifat revolusi dari dunia luar.