Zara_Larsson
Zara_Larsson

Zara_Larsson

Zara Maria Larsson[1] (/ˈzɑːrə ˈlɑːrsən/, Swedish: [ˇsɑːra ˈlɑːʂɔn] ( dengar); lahir 16 Disember 1997) ialah penyanyi dan penulis lagu Sweden. Pada usia 10 tahun, beliau meraih kejayaan di Sweden kerana memenangi musim 2008 rancangan bakat Talang, versi Sweden rancangan realiti TV British Got Talent.[2] Empat tahun kemudian, pada 2012, Larsson menandatangani kontrak bersama TEN Music Group dan seterusnya merakamkan rakaman kompilasi pertamanya, EP Introducing, pada January 2013. Single "Uncover" menduduki carta muzik Scandinavia: Sweden, Denmark, dan Norway.[3] Pada Februari 2013, "Uncover" menerima pensijilan platinum oleh Universal Music Sweden.[4] Pada Julai 2013, Introducing telah menerima pensijilan 3× Platinum di negara ini.[5] Larsson mengikat kontrak tiga tahun bersama Epic Records di Amerika Syarikat pada April 2013.[6][7] Pada tahun 2016, beliau membuat persembahan di majlis pembukaan dan penutup untuk UEFA Euro di Perancis.[8]Album antarabangsa pertama Larsson So Good dikeluarkan pada 17 Mac 2017 dan menduduki nombor 7 di Carta Album UK. Ia mengandungi lapan single: "Lush Life", "Never Forget You", "Ain't My Fault", "I Would Like", "So Good", "Don't Let Me Be Yours", "Only You", dan "Symphony", kolaborasi bersama Clean Bandit. Hampir kesemua single dalam album ini telah mencapai 15 teratas di UK. "Never Forget You" menaiki carta di Amerika Syarikat di nombor 13 do US Billboard Hot 100, menjadikan Larsson dan penyanyi England MNEK, mendapat penyertaan pertama di dalam carta. "Symphony" menjadi single nombor satu yang pertama di Carta Single UK.Pada Oktober 2018, Larsson melancarkan "Ruin My Life", single utamanya dari album studio kelimanya yang akan datang.