Zarzuela

Zarzuela, sebutan, θarˈθwela dalam bahasa Sepanyol [IPA:sarˈswela], ialah opera Sepanyol yang mencampurkan adegan percakapan dan nyanyian; dan juga berunsurkan lagu –lagu popular dan tarian. Nama zarzuela diambil dari tempat pemburuan Diraja Palacio de la Zarzuela berhampiran bandaraya Madrid, di mana persembahan ini pertamakali dibuat.Terdapat dua jenis zarzuela iaitu zarzuela era barok (c.1630–1750), jenis yang asal , dan zarzuela era romantis (c.1850–1950), yang boleh dipecahkan kepada 2 lagi bahagian iaitu género grande dan género chico.Zarzuela berkembang dalam banyak koloni-koloni Sepanyol dan juga Amerika Latin terutamanya negara Cuba. Di Filipina ia dikenali sebagai zarzuelta. Dalam linguistik Semenanjung Iberia dan juga bahasa Basque, ia dipanggil zartzuela dan dalam bahasa Catalonia sebagai sarsuela.