Zero_(filem_2018)

ZERO ialah filem drama romantis India Hindi 2018, ditulis oleh Himanshu Sharma dan diarahkan oleh Anand L Rai. Ia diterbitkan bersama oleh Color Yellow Productions dan Gauri Khan dari Red Chillies Entertainment, dan dibintangi Shah Rukh Khan, Anushka Sharma dan Katrina Kaif. Diterbitkan dengan anggaran sebesar $200 crore (AS$ 28 juta), Zero ialah film Khan yang paling mahal. Filem ini dicetuskan oleh Rai pada tahun 2012, diilhamkan oleh genre adiwira. Pra-produksi dimulakan pada tahun 2016. Awalnya berjudul Katrina Meri Jaan, Zero mengalami banyak perubahan tajuk sebelum tiba di judul akhir pada awal 2018. Penggambaran bermula di Mumbai pada Mei 2017. Untuk menjadikan Shahrukh Khan menjadi kecil, teknologi yang digunakan oleh Anand L Rai sama persis dengan teknologi yang digunakan dalam filem The Ring.[1]Filem ini merupakan penampilan terakhir Sridevi, yang meninggal tidak lama selepas filem ini disiapkan. Penggambaran selesai pada 2018 di Orlando. Runut bunyi filem ini digubah oleh Ajay-Atul dengan lirik yang ditulis oleh Irshad Kamil, di bawah label T-Series. Zero dikeluarkan pada 21 Disember 2018.