Keluaran Zombitopia

Zombitopia pada mulanya dijadualkan untuk tayangan pada 13 Februari 2020, iaitu sebulan sebelum penularan pandemik COVID-19,[16][17][18] namun ditunda kepada Jun atau Julai 2020, kemudian ditunda sekali lagi sehingga tarikh tayangan baru akan diumumkan.[19][20][21] Selepas lebih setahun terperam, filem ini ditayangkan secara rasmi pada 1 Julai 2020 dengan tayangan perdana di Disney+ Hotstar.[1][2][3] Treler rasmi filem ini dikeluarkan pada 21 Januari 2020 di saluran YouTube rasmi Skop Productions[22] dan pada 4 Mei 2021 di saluran YouTube rasmi Disney+ Hotstar.[23]

Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik filem. Budiey dari Sensasi Selebriti yakin bahawa "Zombitopia menjanjikan perjalanan yang menyeronokkan, penuh aksi dan dramatik untuk semua penonton dan seisi keluarga".[16] Helmy Effendy dari The Patriots berpendapat Zombitopia ialah sebuah "filem zombi yang gagal" dan memberikan 2 daripada 10 bintang untuk filem ini.[24] Rekomen Filem memberikan penarafan 5 daripada 10 bintang untuk filem ini dan mengulas: "Dari sudut teknikal Zombitopia agak cantik, akan tetapi penulisan dan pengarahannya sangat teruk".[25]

Rujukan

WikiPedia: Zombitopia http://www.imdb.com/title/tt11619482/ http://www.rekomenfilem.com/2021/07/zombitopia-gag... http://www.cinema.com.my/articles/features_details... http://www.cinema.com.my/articles/features_details... http://www.cinema.com.my/articles/features_details... https://www.thepatriots.asia/kenapa-zombitopia-ial... https://www.budiey.com/zombitopia/ https://gempak.com/berita-terkini/takut-zombi-shah... https://www.hotstar.com/my/movies/zombitopia/12600... https://kitareporters.com/gaya/MvbmZmVGdY