Sejarah Zon_Perindustrian_Bebas_Bayan_Lepas

Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas yang berkeluasan 1,400-ekar (5.7 km2) ialah hasil cetusan idea Lim Chong Eu, yang berkhdmat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang antara 1969 dan 1990, sebagai langkah bagi mengurangkan kejatuhan ekonomi Pulau Pinang pada masa itu.[5][6][2] George Town, ibu negara Pulau Pinang, mempunyai status pelabuhan bebasnya yang ditarik balik oleh kerajaan persekutuan Malaysia pada 1969, menyebabkan pengangguran besar-besaran yang memuncak kepada 16.4%.[5] Lim mengenal pasti sektor elektronik mempunyai potensi terbaik untuk menyerap tenaga kerja separuh mahir di negeri ini.[6]

Hampir 1,000 ekar (4.0 km2) tanah yang bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang diperoleh untuk pembinaan zon perdagangan bebas pertama di Malaysia, dan juga bandar bersebelahan Bayan Baru.[10][11] Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (Penang Development Corporation; PDC) ditugaskan untuk membina kedua-dua zon dan kawasan perumahan.[12][13] Untuk menarik syarikat multinasional ke zon tersebut, Akta Zon Perdagangan Bebas digubal oleh kerajaan persekutuan Malaysia pada tahun 1971 dan insentif cukai perintis ditawarkan.[6][14]

Pemandangan atas Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas

Fasa pertama Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, meliputi kawasan antara lapangan terbang, Jalan Sultan Azlan Shah dan Sungai Kluang, dibuka pada tahun 1972.[1][10][15] Zon sejak itu diperluas dan dikembangkan secara berperingkat. Fasa 2 merangkumi kawasan antara Jalan Sultan Azlan Shah, Bukit Gedung dan Kuil Ular.[15] Fasa 3 dibina sebahagiannya di tanah yang ditambak, sementara Fasa 4, fasa terbesar dan terakhir, telah selesai pada tahun 1990-an.[15]

Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas terbukti berjaya menarik syarikat multinasional dan penciptaannya memainkan peranan penting dalam menangani krisis ekonomi Pulau Pinang.[5][6] Intel, AMD, Hewlett-Packard, Clarion, National Semiconductor, Hitachi, Osram, dan Bosch—secara kolektif dikenali sebagai Samurai Lapan—ialah syarikat multinasional pertama yang mendirikan kilang di zon tersebut, diikuti oleh beberapa syarikat lain termasuk Motorola dan Dell.[16] Syarikat-syarikat ini juga disokong oleh perusahaan kecil dan syarikat milik tempatan yang lebih kecil, seperti Piktochart.[9] Maka, sektor perkilangan menjadi salah satu sektor ekonomi terbesar di Pulau Pinang, sementara zon itu sendiri digambarkan oleh akhbar antarabangsa sebagai Lembah Silikon Timur.[7][8][9][17]

Rujukan

WikiPedia: Zon_Perindustrian_Bebas_Bayan_Lepas http://penangmonthly.com/article.aspx?pageid=2593&... http://penangmonthly.com/article.aspx?pageid=7680&... http://www.penangmonthly.com/article.aspx?pageid=7... http://wongchunwai.com/2013/03/transformation-of-b... http://www.investpenang.gov.my/files/investment-up... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=Z... https://www.bbc.com/news/av/business-42686192/the-... https://www.buletinmutiara.com/innoplex-to-attract... https://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/a... https://asia.nikkei.com/Politics-Economy/Policy-Po...