Zoo London
Zoo London

Zoo London

Zoo London (Bahasa Inggeris: London Zoo) ialah zoo saintifik tertua di dunia.[7] Zoo ini dibuka di London pada 27 April 1828,[8] dan asalnya bertujuan untuk digunakan sebagai koleksi kajian saintifik. Pada tahun 1831 atau 1832, haiwan dari kumpulan binatang kurungan Menara London dipindahkan ke koleksi zoo ini. Zoo ini dibuka kepada awam pada tahun 1847.[7] Kini, zoo ini menempatkan koleksi 673 spesies haiwan, dengan 19,289 ekor haiwan, mejadikannya salah satu koleksi terbesar di United Kingdom.[9] Zoo ini kadangkala dipanggil Zoo Regent (Regent's Zoo).Zoo ini diurus di bawah perlindungan Persatuan Zoologi London (ditubuhkan pada tahun 1826),[7] dan terletak di pinggir utara Taman Regent, di garis sempadan di antara Bandar Westminster dan boro Camden (Terusan Regent mengalir melaluinya).[10] Persatuan ini juga mempunyai tapak yang lebih lapang di Zoo Whipsnade ZSL di Bedfordshire dan di sana haiwan yang lebih besar seperti gajah dan badak sumbu dipindahkan.[11][12]Serta menjadi zoo saintifik pertama, Zoo London ZSL juga buka rumah reptilia pertama (1849), akuarium awam pertama (1853),[13] rumah serangga pertama (1881) dan zoo kanak-kanaknya (1938).ZSL tidak menerima dana dan bergantung kepada keahlian 'Felow' dan 'Kuaker', bayaran masuk dan penajaan untuk menjana pendapatan.[14][15]

Zoo London

Koordinat 51°32′08″N 00°09′21″W / 51.53556°N 0.15583°W / 51.53556; -0.15583Koordinat: 51°32′08″N 00°09′21″W / 51.53556°N 0.15583°W / 51.53556; -0.15583
Keahlian BIAZA,[4] EAZA,[5] WAZA[6]
Lokasi Taman Regent
London, NW1
United Kingdom
Bilangan spesies 673 (2018)
Laman web ZSL London Zoo
Pelawat tahunan 1,133,952 (2018)[3]
Kawasan tanah 36 ekar (15 he)[1]
Pameran terbesar Gorilla Kingdom, Animal Adventure, Blackburn Pavilion, Clore Rainforest Lookout, Into Africa, Tiger territory, Land of the Lions dan Penguin Beach.
Bilangan haiwan 19,289 (2018)[2]
Tarikh dibuka 27 April 1828; 191 tahun yang lalu (1828-04-27)

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Zoo London http://www.goodzoos.com/UK%20Zoos/london.htm http://www.todayinsci.com/4/4_27.htm http://www.eaza.net/membership/Pages/Zoos%20and%20... http://www.victorianlondon.org/entertainment/londo... http://www.waza.org/en/site/zoos-aquariums //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=Z... http://static.zsl.org/files/volunteering-at-london... http://www.zsl.org/about-us/animal-inventory,649,A... http://www.zsl.org/info/about-us/zsls-history,129,... http://www.zsl.org/info/media/press-releases/796,7...