Biografi Émile_Zola

Awal hidup dan pendidikan

Émile Édouard Charles Antoine Zola[1] lahir di kediaman nombor 10, jalan Saint-Joseph, Paris pada 2 April 1840. Ayahnya François Zola[2] seorang kelahiran Venezia, Itali yang bekerja sebagai seorang jurutera mengendalikan kemudahan pengaliran air di kaki gunung Sainte-Victoire, Aix-en-Provence; ibunya Émilie Aubert kelahiran Dourdan. Ayahnya meninggal dunia akibat penyakit pneumonia sebelum Émile cecah usia enam tahun, tidak lama selepas melakukan projek pembinaan empangan di sana.[3].

Kerjaya penulisan

Pengkaryaan

Émile banyak menulis karangan dan cerpen pada mulanya untuk syarikat penerbit Hachette. Suatu novel autobiografinya La Confession de Claude (1865) pernah mencetuskan kontroversi sehingga menarik perhatian polis lalu Hachette tepaksa memecat beliau. Beliau turut terlibat dalam kerja pengulasan seni dan sastera dalam makalah L'Événement kelolaan Hippolyte de Villemessant, pengurus akhbar Le Figaro yang masyhur.[4]

Beliau mula masyhur dengan penukilan siri novel Les Rougon-Macquart berlatarkan zaman Empayar Kedua mengisahkan sebuah keluarga yang mengalami perubahan drastik segi masyarakat saat memesatnya Revolusi Perindustrian. Kejayaan beliau dalam larisnya novel-novel nukilan ini sampai beliau menjadi leboih kaya daripada Victor Hugo yang juga sezamannya, lagi-lago dengan terbitnya Lourdes (1894), Rome (1896), and Paris (1897).[petikan diperlukan] Malah, Beliau pernah dicalonkan beberapa kali sebagai anggota Académie française.[4]

Penglibatan dalam skandal DreyfusSurat J'accuse...! ("Saya menuduh...! Surat kepada Presiden Republik") dilampirkan pada muka hadapan isu 13 Januari 1898 akhbar L’Aurore.
Rencana utama: Peristiwa Dreyfus

Alfred Dreyfus merupakan seorang pegawai senjata api dalam Tentera Darat Perancis berketurunan Yahudi; beliau didakwa atas kesalahan menderhaka pada September 1894 atas tuduhan pembocoran rhasia tentera kepada pihak Prusia saat kedua-dua negara tersebut sedang berperang, namun ia hanyalah didasarkan kebencian para pegawai tinggi seangkatan ke atas kaumnya. Dreyfus dibuang negeri ke Île du Diable/Devil's Island di Guiana.

Salah satu pegawai tentera ini, Georges Picquart kemudiannya menjumpai bukti yang mengukuhkan keterlibatan seorang pegawai lain bernama Ferdinand Walsin Esterhazy yang membocorkan rahsia tentera, tetapi Picquart bersubahat dengan Hubert-Joseph Henry agar memnyembunyikan bukti ini. Meskipun dengan percubaan ini, peguam wakil Picquart tidak dijangka menghantarkan bukti ini kepada Senator Auguste Scheurer-Kestner yang memulakan penyiasatan semula ke atasnya; keluarga-keluarga Dreyfus dan Esterhazy sendiri turut menyumbang bukti lanjut yang menunjukkan kesalahan Ferdinand.

Suatu perbicaraan tentera dilakukan kepada Esterhazy pada 10–11 Januari 1898, namun Esterhazy dilepaskan sambil Picquart ditahan. Keadaan ini serta motif penganiayaan dilakukan ke atas Dreyfus menaikkan kemarahan Zola. Maka, Zola memutuskan menerbit sepucuk surat terbuka menempelak pemerintahan Presiden Félix Faure dalam akhbar L'Aurore pada 13 Januari 1898;[5] penerbitan ini turut ditujukan Zola agar pihak tentera masih mengambil perhatian dalam tersebut laku mengalakkan penyiasatan yang membersihkan nama Dreyfus.[6]

Senja hidup

Pada 29 September 1902, Émile dan isterinya Alexandrine keracunan gas monoksida berikutan terkumpulnya asap daripada perapian akibat serombong didapati tersumbat.[7] di kediaman mereka dci 21 bis, rue de Bruxelles]] (Paris Templat:9e). Mereka segera dikesan dan sempat dikeluarkan serta dirawat; Alexandrine terselamat dan berjaya disembuhkan, namun nasib malang tidak menyebelahi Émile yang meninggal jam 10 malam.

Émile pada asalnya dikebumikan di Cimetière de Montmartre, namun mayatnya dipindahkan ke Panthéon, Paris lebih lima tahun kemudian pada 4 Jun 1908 setapak khusus bersama Victor Hugo dan Alexandre Dumas.[8] Alfred Dreyfus sendiri dijemput isteri mendiang sebagai tetamu peribadi; namun keberadaan Dreyfus di majlis pengebumian tersebut menjadi sasaran seorang wartawan penyokong Drumont yang cuba menembaknya.

Pada 1953, suatu laporan berita oleh akhbar Libération menghujahkan kebarangkalian kematian Zola itu dirancang berdasarkan penceritaan oleh seorang ahli farmasi Normandie, Pierre Hacquin yang diakui seorang pencuci serombong, Henri Buronfosse.[9]