Śikhaṇḍī

Śikhaṇḍī (Bahasa Sanskrit: शिकण्ढी) adalah tokoh yang berpenampilan dwijantina dalam wiracarita Mahabharata. Watak ini merupakan puteri Raja Drupada dan Persati yang memerintah Kerajaan Panchala. Bahagian Adiparwa dan Udyogaparwa menjelaskan lanjut bahawa dia merupakan kelahiran semula puteri kerajaan Kasi bernama Amba, puteri yang meninggal dengan hati penuh dendam kepada Bisma, putera Dinasti Kuru. Namun, dia diasuh sebagai seorang lelaki atas perintah dewata. Ada juga versi lain kisah watak ini menceritakan dia menukarkan kelaminnya dengan yaksa (makhluk ghaib).[1][2]Watak ini meminjamkan gelaran srikandi atau serikandi (Jawi: ‏سريكندي‎‎) yang pada mulanya dipakai dalam pewayangan orang Jawa di mana dia diceritakan asalnya berkelamin lelaki sebelum menjelma menjadi perempuan dan menjadi isteri Arjuna;[3][4][5] gelaran ini lama-kelamaan dilanjutkan pemakaiannya untuk pahlawan yang berani dalam kalangan kaum wanita.[5]