Ensiklopedia dalam talian | Malay Wiki
Keputusan tidak dijumpai
Laman_Utama
17_Ogos
Peristiwa
Peristiwa 17_Ogos
Hermann von François
Sukarno, didampingi Mohammad Hatta, mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia
Hurikan Camille
1807
-
Robert Fulton
memulakan perkhidmatan
kapal wap
komersil pertama di dunia.
1862
- Orang
Sioux
mengambil keputusan mengusir
orang putih
keluar dari lembah
Sungai Minnesota
, mencetuskan
Perang Dakota
.
1914
-
Perang Dunia Pertama
:
Hermann von François
(gambar) tidak mempedulikan arahan
berundur
, dan berjaya dalam
serangan balas
mempertahan
Prusia Timur
, menjadikannya kemenangan pertama Jerman di sebelah timur.
1945
-
Soekarno
dan
Mohammad Hatta
mengisytiharkan kemerdekaan
Indonesia
(gambar) di mana kejadian ini memulakan
Revolusi Nasional Indonesia
terhadap
Empayar Belanda
.
1945 -
Alegori
satira
George Orwell
terhadap
totalitarianisme
Soviet,
Ladang Binatang
diterbitkan.
1962
- Pengawal sempadan
Jerman Timur
menembak mati
Peter Fechter
yang cuba melintas
Tembok Berlin
ke
Berlin Barat
.
1969
-
Hurikan Camille
(gambar) melanda persisiran
Mississippi
, A.S. mengorbankan 259 nyawa dan menyebabkan kerosakan bernilai AS$1.45 bilion.
1978
-
Double Eagle II
menjadi
belon udara panas
pertama berjaya menyeberangi
Lautan Atlantik
, mendarat di Miserey berhampiran
Paris
enam hari selepas meninggalkan Presque Isle,
Maine
.
1988
-
Presiden Pakistan
Muhammad Zia-ul-Haq
terbunuh dalam satu
nahas kapal terbang
.
1999
- Gempa bumi bermagnitud 7.5
Mw
melanda
barat laut Turki, mengorbankan lebih 17,000 orang dan meninggalkan setengah juta lagi tanpa tempat tinggal.
2008
-
Michael Phelps
memenangi
pingat emas
kelapannya di
Sukan Olimpik Beijing 2008
, mengatasi rekod
Mark Spitz
untuk emas paling banyak dalam satu Sukan Olimpik, dan juga rekod emas Olimpik moden paling banyak (14).
2009
- Kapal dagang
MV Arctic Sea
yang hilang sejak dirampas pada akhir Julai, dijumpai berhampiran
Tanjung Verde
oleh
Tentera Laut Rusia
.
Menu
17_Ogos
Peristiwa
Kematian
Kelahiran
Berkaitan
17 Ogos
15 Ogos
1 Ogos
10 Ogos
18 Ogos
14 Ogos
16 Ogos
11 Ogos
12 Ogos
19 Ogos
Rujukan
WikiPedia: 17_Ogos
×