Sinopsis 1957:_Hati_Malaya

Hali (Rusdi Ramli), Salmi (Maya Karin), Rafik (Adlin Aman Ramlie), Ani (Sharifah Amani) dan Ang Lee (Douglas Lim), mewakili generasi muda Malaysia yang datang dari latar belakang dan pemikiran yang berbeza, berusaha untuk menerbitkan sebuah buku bergambar 1957 - Hati Malaya. Dalam pencarian itu, mereka menemui pencintaan, persahabatan, kesetiaan dan memahami perjuangan 1957. Mereka betul-betul mendalami dan menjiwai watak-watak dan peristiwa dengan penuh emosi dan membawa mereka pada waktu semangat rakyat tanah Melayu bangkit menuntut kemerdekaan - rakyat biasa miskin dan mundur di era penjajahan British yang mahu menjadi bangsa kelas pertama di bumi mereka sendiri. Mereka jatuh cinta dan bertemu cinta terhadap negara melangkaui perasaan emosi peribadi mereka. Watak kini menemui pengertian sebenar "pengorbanan" dan "Merdeka".

Filem ini bertumpu kepada Tunku Abdul Rahman (lakonan Mohd Kamarulzaman Taib), pengasas Parti Perikatan, yang menjadi Perdana Menteri pertama Malaya pada tahun 1957, walaupun mendapat tentangan secara halus dari British yang mahu melambatkan kemerdekaan, dan Datuk Onn Ja’afar (lakonan Zaefrul Nadzarine Nordin), pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union yang dicadangkan oleh British pada tahun 1946.

Rujukan

WikiPedia: 1957:_Hati_Malaya //scholar.google.com/scholar?q=%221957:+Hati+Malay... //www.google.com/search?&q=%221957:+Hati+Malaya%22... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%221957:... //www.google.com/search?q=%221957:+Hati+Malaya%22&... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%221957:+Hati+... http://www.youtube.com/watch?v=G53ETWOrZaw http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday... http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mo... http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2...