Fokus 1Malaysia_Development_Berhad

1MDB memberi fokus kepada projek pembangunan strategik khususnya dalam urusan pembangunan sumber daya tenaga, estet, pelancongan dan agro-perniagaan.

Pada 30 September 2009, 1MDB dan rakan strategiknya PetroSaudi International Limited mengisytiharkan pemeteraian syarikat usahasama bernilai US$2.5 billion, dengan mengfokuskan sasaran pelaburan langsung asing (FDI) dari Timur Tengah ke Malaysia.[6]

Berikutan itu, pada 11 Januari 2010, 1MDB telah menandatangani perjanjian usahasama diantara State Grid Corporation of China (SGCC), dengan fokus untuk mengawal pelbagai projek tenaga di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan berperingkat menjadi pelabur terbesar dalam projek SCORE.[7]

Pada 18 Januari 2010, 1MDB telah menandatangi perjanjian usahasama dengan Abu Dhabi Future Energy Company (dikenali juga sebagai Masdar) bagi menerokai projek pelaburan dan teknologi bersih termasuk membina bandar bebas karbon pertama di Malaysia.[8][9]

Pada 13 Mei 2010, 1MDB telah menjadi sebahagian syarikat konsortium, yang diberi mandat melaksanakan projek pembangunan semula multi-bilion ringgit di Lapangan Terbang Sungai Besi. Kawasan tersebut berkeluasan 162 hektar dan pelannya untuk membinan Pusat Kewangan Islam yang memasukkan Qatar Investment Authority (QIA) sebagai rakan kongsi.[10] Projek ini kemudiannya akan digelar Bandar Malaysia. [11] Pada masa yang sama, 1MDB dan QIA telah menandatangi Perjanjian Persefahaman (MOU) untuk mengakses janaan tenaga berdaya maju dan pelaburan estet. Dalam MOU itu QIA bercadang untuk melabur US$5bil.[12]

Pada 21 Mei 2010, telah dilaporkan 1MDB akan turut serta dalam pembangunan kawasan Tun Razak Exchange, iaitu sekeping tanah berkeluasan 34.4 hektar di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur bersama dengan Mubadala Development Company.[13] Walaubagaimanapun, majlis perasmian pecah tanah yang dicadangkan diadakan pada 29 Mei 2010 telah dibatalkan dan ditunda pada akhir akhir waktu.[14] Dalam ucapan pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK 10), Perdana Menteri Najib Razak menyifatkan projek KLIFD dan Bandar Malaysia adalah dua projek utama usahasama awam-swasta yang akan memacu agenda transformasi negara.

Rujukan

WikiPedia: 1Malaysia_Development_Berhad http://english.astroawani.com/malaysia-news/dr-m-f... http://www.bloomberg.com/news/articles/2015-07-07/... http://investing.businessweek.com http://investing.businessweek.com/research/stocks/... http://www.businesswire.com http://www.businesswire.com/news/home/201001180052... http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/ta... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2...