1 Januari - Senat Rom menerima cadangan daripada Julius Caesar bahawa beliau dan Pompey Agung harus meletakkan kuasa pemerintahan mereka dengan serentak. Senat menjawab bahawa Caesar harus menyerah kuasa pemerintahannya dengan segera.
10 Januari - Julius Caesar mengetuai angkatan tenteranya menyeberangi Rubicon yang memisahkan bidang kuasanya (Cisalpine Gaul) daripada bidang kuasa Senat (Itali) dan oleh itu, mencetuskan perang saudara. Sebagai gerak balas, senat Rom menggunakan senatus consultum ultimum.
Februari - Pelarian Pompey Agung ke Epirus (di Yunani Barat) dengan kebanyakan anggota Senat.
9 Mac - Caesar mara terhadap angkatan tentera Pompey Agung di Sepanyol.
Jun - Caesar tiba di Sepanyol dan merampas genting-genting Pyrenees daripada angkatan-angkatan tentera Pompey Agung di bawah L. Afranius dan M. Petreius.