Episod 7_Hari_Mencintaiku

#Tarikh penyiaranRingkasan
17 November 2016Khuzairi amat sayang akan adiknya, Helmi sehingga sanggup berjumpa Dato' Megat Idrus bagi menyelesaikan masalah hutang adiknya. Pertemuan itu menemukan semula dia dengan Mia Adriana, anak Dato Megat Idrus yang sangat angkuh.
28 November 2016Akibat masalah kewangan, Dato' Johari desak Khalil lari ke luar negara menyebabkan dia tidak hadir semasa majlis pernikahannya dengan Mia. Dato' Megat Idrus akhirnya mengahwinkan Mia dengan anak Pak Samad, iaitu Khuzairi bagi menjaga maruah keluarga.
39 November 2016Mia Adriana yang masih tidak boleh menerima Khuzairi sebagai suami, merancang untuk mengikut ibunya, Puan Hayati ke Australia selepas kematian Dato' Megat Idrus.
410 November 2016Khuzairi berjaya menghalang Mia pergi ke Australia dan membawa Mia tinggal bersamanya di kampung.
514 November 2016Mia berasa agak kekok tinggal di kampung. Hubungannya yang tegang dengan ibu mertuanya, Mak Leha mengeruhkan lagi keadaan. Manakala, Isteri Khalil, iaitu Zurita mengalami keguguran.
615 November 2016Layanan baik Khuzairi mula melembutkan hati Mia Adriana walaupun sikap egonya masih belum reda. Manakala, hubungan Khalil dan Zurita pula semakin tegang.
716 November 2016Khalil yang masih menyayangi Mia mencarinya di kampung, tetapi dihalau oleh Mia sendiri. Malangnya Khalil mengalami kemalangan.
817 November 2016Khuzairi cuba membiayai perkahwinan Helmi namun ditentang oleh Mia. Mia tidak suka Khuzairi selalu menyebelahi keluarganya yang dianggap hanya mengambil kesempatan. Mia mula bekerja di klinik Khuzairi.
921 November 2016Di klinik, Mia bertengkar dengan Syakilla. Sofi datang menziarahi Mia di kampung. Atas nasihat Sofi, Mia belajar untuk menyayangi Khuzairi.
1022 November 2016Helmi memukul Mia sehingga pengsan kerana menyakiti Syakila, yang akhirnya menyebabkan dia dimarahi oleh Khuzairi dan Pak Samad.
1123 November 2016Sofi diragut dan Mia menziarahinya di Kuala Lumpur dan menyedari Sofi sudah bertudung. Dalam masa yang sama, Mia merancang tidak mahu balik ke kampung semula, namun Khuzairi berjaya memujuknya.
1224 November 2016Buntat dihantar ke KL untuk tinggal bersama Dato' Razman dan belajar di sekolah. Dalam diam, Khalil merancang sesuatu yang jahat.
1328 November 2016Khalil mengupah Helmi untuk membantunya menodai Mia dan merosakkan lagi hubungan Mia dan Khuzairi.
1429 November 2016Mia yang menyangkakan Khuzairi yang memerangkapnya, memarahi Khuzairi. Layanan Mia pada Khuzairi menjadi semakin buruk. Keadaan Buntat semakin baik. Helmi dituduh mencabul menyebabkan dia terpaksa meminta tolong Mia.
1530 November 2016Mia bersetuju membantu menyelesaikan masalah Helmi. Mia yang disangkakan sakit rupanya mengandung.
161 Disember 2016Tanpa disangka, Mia membantu perniagaan klinik Khuzairi. Pak Samad menemankan Mia membeli pakaian ibu mengandung di bandar.
175 Disember 2016Mia bertengkar dengan Syakila di klinik, menyebabkan dia ditolak jatuh. Akibat memfitnah Mia, Syakilla dipecat.
186 Disember 2016Mia salah faham dan cemburu akan hubungan Khuzairi dan arwah Ayu. Namun, selepas Dr. Zaidi menjelaskan perkara sebenar, Mia lebih terharu. Manakala Khalil pula masih belum berputus asa terhadap Mia.
197 Disember 2016Khalil mengupah Helmi untuk meracun kambing-kambing belaan Khuzairi. Mia yang mengetahui hal tersebut, merancang memerangkap Khalil dan Helmi. Padahnya, Helmi dihalau dari rumah.
208 Disember 2016Khuzairi dipaksa Mia untuk pilih antara dirinya atau ibu tirinya, Mak Leha. Dalam masa yang sama, Mia selamat bersalinkan Alisa. Akibat masih ego, Mia nekad meninggalkan Khuzairi dan anaknya itu sendiri.
2112 Disember 2016Buntat yang telah didera teruk oleh Hadi, anak Dato' Razman, dipukul oleh Khalil sehingga meninggal dunia kerana mahu menyelamatkan Mia Adriana. Kejadian itu menyedarkan Mia Adriana akan kasih sayang Buntat dan cinta Khuzairi padanya selama ini.
2213 Disember 2016Rahsia dan rancangan jahat Puan Hayati terbongkar. Khalil dikejar polis kerana membunuh Zurita dan akhirnya terbunuh ketika melarikan diri. Dato' Johari yang menyaksikan kematian anaknya, akhirnya menjadi gila. Puan Roziah pula meninggal dunia setelah Mia menemuinya, menyebabkan Mia lebih insaf. Mia terkejut apabila Sofi mengkhabarkan bahawa Khuzairi merancang untuk berkahwin dengan Syakila atas desakan Mak Leha.
2314 Disember 2016Mia mula berubah, mencari semua orang dan meminta maaf, termasuklah Khuzairi. Malangnya Khuzairi sudah tawar hati terhadapnya. Layanan Khuzairi yang dingin terhadapnya itu membuatkan Mia sedih. Mia berjanji membetulkan semula kesalahannya dalam masa 7 hari.
2415 Disember 2016Mia membaiki hubungan dengan semua orang yang pernah dibencinya, menyusukan Alisa, menubuhkan yayasan atas wasiat Puan Roziah dan memberikan peluang kerja kepada semua orang. Namun begitu, hati Khuzairi masih keras dan masih tidak mahu menerima isterinya semula.
2519 Disember 2016Helmi kembali, dan tindakannya sengaja mengambil berat terhadap Mia, menimbulkan rasa cemburu Khuzairi. Walaubagaimanapun, demi menjaga hati Syakila dan Mak Leha, Khuzairi tetap dengan ego dan keras kepalanya.
2620 Disember 2016Khuzairi yanh menyedari bahawa dia masih mencintai Mia, tidak jadi berkahwin dengan Syakila. Sementara itu, Mia pula dikejarkan ke hospital kerana diberikan ubat tidur berlebihan oleh Syakila. Helmi mengamuk menyebabkan Syakila menceritakan niat buruknya untuk berkahwin dengan Khuzairi. Mak Leha yang menyesal terus mengamuk dan membelasah Syakila dengan teruk.
2721 Disember 2016Mak Leha dan Khuzairi meminta maaf dan berbaik semula dengan Mia. Mia tekad ke UK meninggalkan kampung bersama Alisa dan Mia berjanji untuk pulang menghadiri majlis perkahwinan Helmi dan Sofi bersama Alisa. Malangnya, hanya Alisa sahaja yang pulang tetapi tidak Mia.
2822 Disember 2016Ternyata, Mia kembali dengan kejutan untuk mengenakan suami dan ibu mertuanya. Mia juga menerima ibu kandungnya, Puan Hayati semula, dan akhirnya mereka kembali bersatu dan mengecap kebahagiaan.

Rujukan

WikiPedia: 7_Hari_Mencintaiku http://beritaviral.click/2017/01/12/syazwan-zulkif... http://www.azhan.co/biodata-shukri-yahaya-hero-dra... http://www.7klik.com/2017/01/mia-dan-khuzairi-bert... http://www.imdb.com/title/tt8351534/ http://www.lokmanamirul.com/2016/11/biodata-siti-s... http://www.mariafirdz.com/2016/12/drama-7-hari-men... http://www.sayaiday.com/2017/11/anugerah-skrin-201... http://says.com/my/seismik/buntat-7-hari-mencintai... http://www.abpbh.com.my/bh3online/gandingan-serasi... http://eh.com.my/artikel/hiburan/watak-buntat-dala...