Sambutan 7_Hari_Mencintaiku

Drama ini telah memenangi hampir kesemua kategori anugerah yang dipertandingkan menerusi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 yang diadakan pada bulan April 2017. Menurut Shukri Yahaya, kejayaan drama 7 Hari Mencintaiku ini disebabkan oleh gandingan hebat kesemua pelakonnya dalam menjayakan watak masing-masing.[6]

7 Hari Mencintaiku juga telah menjadi topik perbualan yang hangat di laman sosial, Twitter setiap kali bersiaran di kaca televisyen apabila berjaya memonopoli takhta trending nombor satu di Malaysia dengan kata kunci #7HariMencintaiku.[10]

Kata Siti Saleha, bentuk dialog yang sinis dan tajam hasil daripada penulisan skripnya juga menjadi salah satu faktor kekuatan dalam drama ini.[6] Beliau yang mulanya gentar melakonkan watak Mia Adriana kerana khuatir kecaman, sebaliknya mengakui menerima lebih banyak pujian penonton termasuklah dari bapanya sendiri atas mutu lakonannya.[6] Malah drama ini juga menerima komen positif peminat-peminat drama[11] dan berjaya meraih 3.3 juta penonton setiap kali episod baharunya ditayangkan.[6]

“Sukar untuk percaya, 7 Hari Mencintaiku berjaya mencapai tontonan tertinggi sehingga mengatasi rekod dipegang Love You Mr. Arrogant dan Nur Kasih sebelum ini,”

Dato' Hajjah Ziela Jalil[5]

Watak Mak Leha yang dilakonkan oleh Liza Abdullah juga turut dipuji oleh peminatnya dari Singapura.[7] Malah beliau turut memuji ketegasan pembantu Pengarah, Amy Nawari dalam mengendalikan mutu lakonan kesemua pelakon.[7]

Perkara ini diakui oleh Jamal Khan, di mana dia menyatakan drama ini amat hidup sehingga mendapat perhatian ramai orang.[12]

Watak Buntat meninggalkan kesan besar terhadap penonton apabila ramai peminat drama berkenaan yang membincangkan mengenainya di pelbagai medium sosial, terutamanya apabila watak itu "dimatikan" dalam episod 21.[13]

Malah, watak Pak Samad yang dilakonkan oleh Aman Graseka juga hangat diperkatakan sehingga menjadi idola kegilaan ramai wanita.[10]

“Rating terkumpul untuk semua episod drama ini berjumlah 12 juta penonton dan rating untuk satu jam siaran dari pukul 6.58 malam sehingga 8 malam pada episod akhir telah mencecah 5 juta penonton,”

Puan Siti Nurlisia Mohd. Nadzri (Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Penjenamaan dan Rancangan TV3 & TV9)[10]

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPencalonanKeputusan
2017 Anugerah Drama Festival Kuala LumpurAktor PilihanShukri YahayaMenang
Aktress PilihanSiti SalehaDicalonkan
Pasangan Serasi PilihanShukri Yahaya & Siti SalehaMenang
Antagonis PilihanFaye KusairiDicalonkan
Pengarah PilihanJamal KhanMenang
Skrip PilihanPGRs TeamMenang
Lagu Tema PilihanLelaki Teragung (Nyanyian Dayang Nurfaizah)Menang
Drama PilihanPena Creative Sdn BhdMenang
Anugerah Juara LaguLagu TerbaikLelaki Teragung (Nyanyian Dayang Nurfaizah)Menang
Anugerah SkrinDrama Rantaian TerbaikPena Creative Sdn BhdDicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita HarianPelakon TV Lelaki PopularShukri YahayaDicalonkan
Gandingan Serasi Drama (Atas Talian)Shukri Yahaya & Siti SalehaDicalonkan
Anugerah MeleTOP EraDrama TV MeleTOPPena Creative Sdn BhdDicalonkan
Pelakon TV MeleTOPShukri YahayaDicalonkan

Penghargaan

Bagi meraikan kejayaan drama bersiri terbaik TV3 tahun 2016 ini, sebuah sesi beramah mesra bersama barisan pelakon telah dianjurkan khas buat 10 orang pemenang bertuah peraduan media sosial. Sesi ramah mesra yang berlangsung di The Terrace Restaurant, The Royale Bintang, The Curve ini juga merupakan sebuah malam penghargaan kepada semua pihak yang berjaya menjadikan drama ini sebagai sebuah fenomena hebat di Malaysia.[10] Malam penghargaan tersebut dihadiri oleh beberapa orang pelakon utama drama ini.

Selain itu, sebuah majlis kesyukuran telah diadakan pada 15 Februari 2017 di Hotel Royal, Kuala Lumpur anjuran Pena Creative Pictures bagi meraikan kemenangan besar, drama 7 Hari Mencintaiku dan lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah yang masing-masing memenangi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 dan Anugerah Juara Lagu ke-31.[14]

Rujukan

WikiPedia: 7_Hari_Mencintaiku http://beritaviral.click/2017/01/12/syazwan-zulkif... http://www.azhan.co/biodata-shukri-yahaya-hero-dra... http://www.7klik.com/2017/01/mia-dan-khuzairi-bert... http://www.imdb.com/title/tt8351534/ http://www.lokmanamirul.com/2016/11/biodata-siti-s... http://www.mariafirdz.com/2016/12/drama-7-hari-men... http://www.sayaiday.com/2017/11/anugerah-skrin-201... http://says.com/my/seismik/buntat-7-hari-mencintai... http://www.abpbh.com.my/bh3online/gandingan-serasi... http://eh.com.my/artikel/hiburan/watak-buntat-dala...