Penerbitan 7_Hari_Mencintaiku

Menurut Jamal Khan, drama ini ialah drama adaptasi novel keempat arahannya yang mempunyai banyak plot dan konflik sebagai cerita sokongan. Tambahnya lagi, disebabkan cita rasa penonton yang sangat positif, dia menjadi gusar untuk menyunting setiap adegan terutamanya babak-babak akhir dimana Mia menagih cinta Khuzairi dalam tempoh tujuh hari.[4] Ini adalah kali pertama Pena Creative Pictures bekerjasama dengan penulis novel 7 Hari Mencintaiku, Siti Rosmizah untuk mengangkat kisah ini ke kaca televisyen.[5]

Shukri Yahaya menjelaskan bahawa drama ini agak berat untuk difahami dan beliau sendiri penat akibat terlalu banyak bermain dengan emosi sewaktu penggambaran. Dia juga perlu memperkemaskan lakonannya agar tidak dibayangi oleh watak-watak lakonannya yang terdahulu.[6] Wan Sharmila yang juga sentiasa berusaha dalam lakonannya menyatakan dirinya bernasib baik kerana kesemua pelakon sentiasa memberikan kerjasama.[5]

Antara cabaran yang dihadapi oleh Syazwan Zulkifli ialah dia terpaksa menggunakan perkataan yang kasar, seperti 'aku kau' dan 'aku mak'[7] terhadap pelakon yang lebih senior dalam beberapa babak yang dilakonkan.[8]

Muhammad Ariff yang memegang watak Buntat ialah seorang pesakit disleksia. Beliau dibantu oleh ibunya dan seorang tenaga pengajar dalam penghafalan skrip.[9]

Rujukan

WikiPedia: 7_Hari_Mencintaiku http://beritaviral.click/2017/01/12/syazwan-zulkif... http://www.azhan.co/biodata-shukri-yahaya-hero-dra... http://www.7klik.com/2017/01/mia-dan-khuzairi-bert... http://www.imdb.com/title/tt8351534/ http://www.lokmanamirul.com/2016/11/biodata-siti-s... http://www.mariafirdz.com/2016/12/drama-7-hari-men... http://www.sayaiday.com/2017/11/anugerah-skrin-201... http://says.com/my/seismik/buntat-7-hari-mencintai... http://www.abpbh.com.my/bh3online/gandingan-serasi... http://eh.com.my/artikel/hiburan/watak-buntat-dala...