A-10_Thunderbolt_II
A-10_Thunderbolt_II

A-10_Thunderbolt_II

Fairchild-Republic A-10 Thunderbolt II adalah sejenis pesawat serangan darat satu tempat duduk yang direka khusus untuk memberikan bantuan udara dekat kepada pasukan-pasukan tentera darat. Pesawat ini direka khusus sebagai pesawat anti kereta kebal, dan boleh memusnahkan kereta kebal, kereta perisai dan lain-lain sasaran di darat.Pesawat ini boleh juga digunakan untuk memberikan kawalan udara hadapan dan memberikan petunjuk kepada lain-lain pesawat penyerang. Pesawat ini adalah pesawat pertama Tentera Udara Amerika Syarikat yang dibina khusus untuk peranan bantuan udara rapat bagi membantu pasukan-pasukan darat.Nama kapal terbang ini asalnya digunakan untuk pesawat Republic P-47 Thunderbolt yang berkhidmat sebagai pesawat pejuang semasa Perang Dunia II. Pesawat P-47 bukan sahaja cemerlang menjalankan misi mengiring pasukan pesawat pengebom B-17 Superfortress dan B-24 Liberator dalam misi pengeboman ke atas Berlin, tetapi pesawat ini juga menjadi jaguh dalam peranan serangan sasaran darat, khususnya dalam memberikan serangan bantuan rapat.Namun demikian, di kalangan anggota tentera dan juruterbangnya, pesawat ini dipanggil Warthog ataupun Hog sahaja. Kerangka yang sama digunakan untuk pesawat OA-10 bila digunakan untuk peranan kawalan udara hadapan.