Pertempuran_anti-kereta_kebal

Anti-kereta kebal merujuk kepada apa-apa kaedah bertempur dengan kenderaan berperisai tempur tentera, terutamanya kereta kebal. Sistem anti kereta kebal paling biasa termasuk artileri dengan pecutan laras (muzzle velocity) yang tinggi. peluru berpandu (seperti peluru berpandu panduan wayar HEAT), pelbagai meriam auti (autocannon) menembak peluru perobek, dan periuk api anti kereta kebal.Dalam bidang pertempuran kereta kebal, tiga istilah yang sering digunakan: "bunuh gerak", "bunuh kuasa tembak", dan "bunuh sepenuhnya". Dalam bunuh gerak (mobility kill / M-kill), kenderaan kehilangan keupayaan bergerak, sebagai contoh, memecahkan trak rantai; sasaran ini lumpuh tetapi mengekalkan keupayaan penuh persenjataannya dan masih mampu berjuang pada hadnya. Bunuh kuasa tembak (firepower kill / F-kill) adalah lumpuh keupayaan kenderaan bagi melepaskan tembakan. Bunuh gerak (M-kills) dan bunuh kuasa tembakan (F-kills) mungkin sepenuhnya atau sebahagian, yang terkemudian sejajar dengan pengurangan keupayaan sasaran untuk bergerak atau melepaskan tembak. Bunuh sepenuhnya (catastrophic kill / K-kill) menghapuskan keupayaan kereta kebal untuk bertempur sepenuhnya; ini mungkin bererti kemusnahan sepenuhnya kereta kebal atau melumpuhkan sistem persenjataan atau kaki-tangannya.